——-
——-
Tentang Program TFM Untuk Guru Muda
Program TFM Untuk Guru Muda adalah satu program yang akan dilaksanakan selama 2 tahun yang bertujuan untuk membangunkan potensi kepimpinan, pembelajaran dan fasilitasi (PdPc) guru-guru dengan pengalaman mengajar kurang daripada 5 tahun, selaras dengan Program Pembangunan Guru Baharu 2.0 (PPGB 2.0) dan Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK).
Objecktif Program
Program TFM Untuk Guru Muda menekankan 4 objektif utama yang selaras dengan potensi guru baharu di Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Membangunkan potensi kepimpinan dan PdPc guru baharu di sekolah-sekolah selaras dengan PPGB 2.0 dan
PIPK. - Melaksanakan PdPc inovatif (PAK21) di sekolah, serta bekerjasama dengan komuniti setempat.
- Meningkatkan motivasi dan kehadiran murid di sekolah.
- Meningkatkan aspirasi murid untuk terus belajar dan menjadi pemimpin dalam pembelajaran mereka sendiri.
Siapa Yang Layak Menyertai?
Program TFM Untuk Guru Muda adalah direka khas untuk guru baharu yang memasuki Kementerian Pendidikan Malaysia. Calon-calon perlu memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Sedang berkhidmat di Johor, Perak, Selangor, atau Sarawak
- Sedang mengajar di SK, SMK, SJK, SMJK, Sekolah Orang Asli/Orang Asal
- Guru Tetap KPM dalam linkungan perkhidmatan 0-5 tahun daripada tarikh lapor diri (termasuk Guru COS/ Interim)
- Syarat kelayakan sekolah:
- Mempunyai majoriti murid B40
Bukan sebuah Sekolah Kurang Murid (SKM)
- Syarat kelayakan mata pelajaran (mengajar sekurang-kurangnya satu subjek berikut)
- Peringkat SK: Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah, atau Guru Pemulihan Khas
- Peringkat SMK: Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah
Cara Memohon
Lengkapkan borang pendaftaran minat yang tersedia di laman sesawang ini untuk memulakan perjalanan permohonan anda.