Buat apa yang anda suka; suka apa yang anda buat. Cipta perubahan yang anda mahukan
Nilai-nilai Teras Kami
The Teach For Malaysia team is united by the belief that all children in Malaysia deserve the opportunity to access quality education.
Daya Kemungkinan yang Tinggi
Kecemerlangan
Kerjasama
Integriti
Struktur dan Bahagian-Bahagian Kami
Teach For Malaysia beroperasi di Kuala Lumpur (Pejabat utama).
Program TFM
Bahagian Fellowship terdiri daripada Unit daripada Latihan & Sokongan (Training & Support), Pemerolehan Bakat (Talent Acquisition), Alumni dan Unit Penglibatan Pihak Berkepentingan (Stakeholder Engagement). Unit Pemerolehan Bakat (TA) merekrut Fellows untuk menyertai Program Fellowship dan Unit Latihan & Sokongan (TS) membangunkan Fellows untuk menjadi pemimpin transformasi dan berkesan yang berusaha untuk mengubah peluang dan hasil kehidupan untuk pelajar Malaysia. Pasukan Alumni bekerjasama rapat dengan Alumni yang menamatkan program 2 tahun manakala Unit Penglibatan Pihak Berkepentingan (SE) bekerja pada penglibatan strategik dengan pemegang kepentingan utama ekosistem pendidikan.
Program Duta Guru
Program Duta Guru bertujuan untuk menambahbaik sistem yang wujud untuk mengembangkan keupayaan guru-guru sekolah awam di Malaysia untuk mempertingkatkan minat dan kebolehan murid-murid dalam matapelajaran STEM dan KBAT, terutama sekali bagi mereka yang kurang berkemampuan.
Gerakan Komuniti
Bahagian Gerakan Komuniti mempunyai satu matlamat untuk memperkasakan komuniti ke arah tindakan kolektif dalam pendidikan. Kami mencipta peluang untuk impak pelajar dan membina sebuah platform yang menangani ketidaksamaan pendidikan dengan menggerakkan pemimpin masyarakat yang lebih luas melalui kolaborasi.Bahagian ini berkongsi tujuan untuk membina sinergi merentas Alumni daripada program TFM dan kerjasama dengan organisasi lain.
Bahagian Perkembangan
Bahagian Perkembangan TFM (Growth Team) terdiri daripada Unit Pemasaran dan Perkembangan Rangkaian (Pengumpulan dana). Misi mereka adalah untuk mengembangkan gerakan untuk meningkatkan skala impak TFM. Ini dapat dicapai dengan meningkatkan bilangan Felo TFM yang menyertai Program TFM untuk memberi impak kepada murid-murid, di samping memastikan kemampanan impak TFM.
Bahagian Kewangan dan Operasi
Bahagian Kewangan dan Operasi di TFM mempunyai 3 buah pasukan atau unit (Unit Strategi Bakat, Unit Kewangan dan Unit Operasi) yang berperanan untuk memastikan organisasi beroperasi secara telus dan efisien, dan mereka juga bertanggungjawab dalam mewujudkan budaya kerja yang kondusif dan suasana yang membolehkan kakitangan memberikan usaha yang terbaik dalam tugas mereka.
Temui Bahagian Kempipinan Kanan TFM



Zizi gemar mengembara dalam dan luar negara dan menerokai budaya dan komuniti lain selain jiwanya sendiri. Beliau mempunyai Master of Business in Sustainability and Bachelor of Business & Commerce (International Business & Management) daripada Monash University Australia.


She is now the Head of Talent & Operations and plays a crucial role in overseeing all talent related matters in the organisation, including recruiting and developing passionate talent to work towards TFM’s mission and co-creating a culture that allows people to bring their best and whole self to work. She aspires for Teach For Malaysia to be the greatest place to work – to realise the full potential of all talent in TFM, so that they can then translate their skills and passion into impact, which will realise the full potential of all children in Malaysia.
Muzik memainkan peranan yang penting dalam rutin penjagaan diri Yi Ling. Beliau amat meminati untuk mendengar jazz dan piano untuk berehat. Beliau mempunyai ijazah sarjana muda dalam perakaunan (Bachelor of Accounting) daripada Multimedia University Melaka.

Peluang Kerjaya
Participant Affairs and Recruitment, Associate/Senior Associate (Program Duta Guru)
Send us your resume!
Perlukan Bantuan?
Tiada jawatan yang sesuai dengan ada? Sila hantar resume anda di careers@teachformalaysia.org.

Jika yang ciri-ciri yang dinyatakan di bawah menghuraikan anda, kami mahu anda!
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan untuk memohon sebagai Felo dalam Program TFM:
- Anda sangat komited terhadap misi dan visi Teach For Malaysia (TFM).
- Cabaran meningkatkan semangat anda.
- Anda bertindak mengikut nilai-nilai teras TFM.
- Anda percaya pada kepentingan dalam bekerja dengan orang lain.
Mengapakah Anda Perlu Bekerja Bersama Teach For Malaysia?
Nilai-nilai dan pencapaian adalah dua sisi pada duit syiling yang sama.
Di TFM, kami memberikan penekanan yang sama kepada pencapaian dan nilai-nilai teras kami. Sebagai sebuah organisasi yang dipandu oleh nilai-nilai - kami percaya bahawa kepercayaan yang kukuh dalam misi, berusaha untuk capai kecemerlangan bagi tujuan kebaikan, kemahuan untuk bekerjasama kerana kami yakin bahawa kita tidak boleh capai cita-cita kami tanpa sokongan pihak lain dan juga "melakukan perkara yang betul" - adalah tulang belakang kepada pencapaian dan impak kami.
Bekerja bersama individu-individu yang berfikir seperti anda.
Bekerja bersama individu-individu yang berkongsi nilai-nilai dan minat dengan anda bukanlah sesuatu yang mudah untuk didapati, tetapi sering diambil mudah. Setiap daripada kami di TFM adalah unik dan berlainan latar belakang, tetapi apa yang membuatkan perjalanan kami bersama seronok adalah kerana kami mengetahui bahawa kami mempunyai visi dan nilai-nilai yang sama yang mana kami semua ingin capai di penghujung hari, pada waktu mencabar.
Lakukan lebih daripada mengimpikan sesuatu. Hasilkan sebuah perubahan yang ketara.
Pernahkah anda impikan untuk mempunyai kerja yang anda suka, di samping menyumbang kepada penambahbaikan masyarakat? Tidak perlu tunggu lagi! Kami bukannya hanya menyediakan anda sebuah platform untuk menggunakan kekuatan dan kemahiran anda, tetapi kami juga ingin memberi peluang kepada anda untuk gunakannya bagi sebuah tujuan yang anda percayai.
Kembangkan potensi diri anda dengan pelbagai peluang yang tersedia.
TFM percaya pada kepentingan untuk memperkasa kakitangan kami dalam mengambil tanggungjawab yang mencabar supaya mereka dapat berkembang secara profesional. Perkembangan yang drastik tidak akan berlaku jika perjalanan kerjaya anda adalah lancar; ia adalah dengan adanya waktu yang mencabar, barulah kita dapat ketahui potensi kita yang tersembunyi. Kami memberikan kepercayaan kepada anda dengan meletakkan matlamat yang besar, dan pada masa yang sama, kami menyediakan sebuah jaring keselamatan dan sokongan untuk anda tidak berjaya, belajar, bangun dan lakukan semuanya sekali lagi.
Kami adalah kolektif!
Jika terdapat satu benda yang paling menarik tentang menyertai TFM, ia adalah kemesraan dan keterangkuman yang anda akan alami daripada semua orang dalam TFM. Kami tidak bergurau apabila kami kata bahawa anda akan jalinkan persahabatan yang asli di tempat kerja! Kami percaya bahawa cara untuk kita hentikan ketidaksaksamaan pendidikan adalah dengan bekerjasama secara kolektif, dalam sebuah organisasi dan juga di luar organisasi.
Jadi sebahagian daripada solusi

Memimpin Perubahan dalam Bilik Darjah
Ketahui lebih lanjut tentang Program TFM, program perkembangan kepimpinan kami yang telah memenangi pelbagai anugerah

Sokong Aktiviti Harian Kami
Bantu kami terus mengubah pendidikan untuk mereka yang paling memerlukan

Jadi Rakan Rangkaian Kami
Bekerjasama dengan kami untuk menjadi sebahagian daripada gerakan pendidikan yang memberi impak kepada pelajar di Malaysia

Sertai Gerakan Kami
Terokai cara-cara lain untuk bekerjasama dengan kami untuk bersama-sama memperjuangkan misi