Jadi sebahagian daripada pemacu pemulihan pendidikan
Dengan ditempatkan di sekolah berkeperluan tinggi sebagai guru sepenuh masa, anda akan menimba pengalaman secara langsung tentang cabaran-cabaran pendidikan yang dihadapi pada peringkat akar umbi.
Apakah Program Tutor TFM?
Program Tutor TFM merupakan sebuah inisiatif yang direka untuk memberi peluang kepada pembina-pembina perubahan seperti anda untuk memainkan peranan dalam pemulihan pendidikan. Dengan berkhidmat di sekolah-sekolah di komuniti B40, anda akan mendapat pengalaman secara langsung untuk mendapatkan pemahaman yang mendalam mengenai impak penutupan sekolah sewaktu pandemik Covid-19 dan cara-cara untuk mengatasi masalah-masalah yang timbul disebabkan pandemik tersebut.
Ramai murid-murid telah kehilangan waktu pengajaran dan pembelajaran dan memerlukan kelas-kelas pemulihan untuk mengejar semula apa yang ketinggalan. Guru-guru sahaja tidak akan mempunyai kapasiti yang cukup untuk memberi setiap orang murid perhatian yang secara individu. Dalam fasa rintis ini, YTFM bercita-cita untuk memberi sokongan pemulihan kepada murid-murid dengan merekrut, melatih, dan membimbing para Tutor Sukarelawan TFM yang bersemangat dan berkredibiliti tinggi. Dengan sumbangan anda kepada gerakan ini, YTFM berazam untuk mencapai semua murid-murid daripada komuniti berkeperluan tinggi melalui sokongan pemulihan untuk merapatkan jurang pendidikan yang semakin teruk akibat pandemik. In this pilot phase, TFM aims to support student remediation by recruiting, onboarding and supporting passionate and credible volunteer tutors. Together with your contribution in this movement, TFM aims to reach students from high-need communities through remediation support to close learning gaps as a result of the pandemic.
Teori Perubahan Kami
-
Gangguan yang besar dalam pembelajaran telah dikenalpasti sebagai salah satu kesan buruk penutupan sekolah akibat pandemik COVID-19.
-
Tutor Sukarelawan akan direkrut dan dilatih untuk memberi sokongan pemulihan kepada murid-murid.
-
Sekolah-sekolah berkeperluan tinggi akan diberi peluang untuk mengejar kembali pembelajaran yang ketinggalan dan mengurangkan kesan negatif terhadap pendidikan yang berpunca daripada pandemik.
-
Masalah ketinggalan dalam pembelajaran dan masalah ketidaksaksamaan perlu diberi perhatian, ditangani, dan diselesaikan untuk mencapai pemulihan pendidikan.
Kenapa sertai Program Tutor TFM?

Jadi sebahagian daripada pemacu pemulihan pendidikan
Untuk mendapat pengalaman secara langsung dalam menangani dan menyelesaikan masalah ketinggalan dalam pembelajaran dan masalah ketidaksaksamaan pendidikan dengan memberi perhatian kepada masalah-masalah yang wujud dalam pembelajaran jarah jauh akibat pandemik.

Jadi seorang pembawa perubahan untuk memperkasakan pemimpin pada masa hadapanUntuk memperkasakan dan menyokong murid-murid daripada sekolah berkeperluan tinggi untuk merapatkan jurang pendidikan dan seterusnya memulihkan motivasi murid untuk belajar dan berjaya.

Berwawasan tentang impak yang anda berikanUntuk melihat perkembangan murid-murid dan perubahan, semangat, dan empati yang anda pupuk dalam perjuangan membangunkan negara.
Faedah & Tanggungjawab

Kembangkan rangkaian peribadi dan profesional anda
Berkhidmat bersama kami atau sertai sebagai sukarelawan di samping ejen-ejen perubahan yang mempunyai pemikiran yang selari dengan anda dan sama-sama bersemangat dalam mencipta impak positif dalam sektor pendidikan.

Pecutkan perkembangan diri dan kerjaya andaKembangkan dan perolehi kemahiran-kemahiran kukuh yang boleh diguna pakai dalam pelbagai keadaan untuk mempertingkatkan perkembangan diri dan kerjaya anda.

Peluang untuk mengatur sesi-sesi tutor yang fleksibel Komitmen minimum sebanyak 4 jam seminggu untuk mencipta impak di mana sesi tutor boleh diatur berdasarkan jadual anda dan murid.
Proses Permohonan
Perjalanan anda melalui proses permohonan akan mengambil masa lebih kurang 1 minggu selepas permohonan dibuat. Lihat pek maklumat terperinci kami untuk mengetahui lebih lanjut.
Permohonan Atas Talian
Bantu kami mengenali anda dengan lebih baik dan huraikan pemahaman anda tentang Yayasan Teach For Malaysia dan Program Tutor TFM dalam karangan pendek anda.
Perbualan Pengenalan
Kongsikan pengalaman dan soalan-soalan anda dalam perbualan selama 30 minit bersama Yayasan Teach For Malaysia.
Proses suai tugas (onboarding) dan latihan
Hadiri sesi suai tugas (onboarding) yang akan melatih anda dan memberi gambaran tentang kemahiran kurikulum dan pedagogi yang terkini.