Kami mahu membayangkan semula sebuah kaedah pendidikan yang memperkasakan para pelajar untuk memimpin pembelajaran sendiri, masa depan diri, dan masa depan negara.
Teori Perubahan Kami
Rekrut dan bimbing perkembangan anak muda Malaysia sebagai seorang guru dan pemimpin melalui Program TFM selama 2 tahun
Kami merekrut pemimpin-pemimpin muda yang bersemangat sebagi Felo TFM untuk menjadi ejen perubahan di komuniti-komuniti berkeperluan tinggi pada peringkat akar umbi.
Felo TFM akan mengajar selama 2 tahun sebagai komitmen dalam mencipta perubahan, dan kami 'melabur' dengan memberi peluang kepada Felo-Felo TFM untuk menjalani program perkembangan diri melalui latihan profesional dan bimbingan yang disesuaikan.
Ajar dan perkasakan murid-murid daripada komuniti-komuniti berpendapatan rendah
Impak kami tertumpu kepada murid-murid yang kurang bernasib baik di sekolah-sekolah berkeperluan tinggi dengan mengembangkan kebolehan, nilai, dan suara mereka untuk memperkasakan mereka dalam menjadi pemimpin-pemimpin muda yang boleh memimpin perubahan dalam diri sendiri dan komuniti.
Bina sebuah gerakan pejuang pendidikan untuk memudahcarakan impak yang menyeluruh
Alumni TFM akan berganding bahu dengan pihak-pihak berkepentingan dalam bidang pendidikan yang pelbagai untuk mencipta perubahan sistemik yang berjangka masa panjang sebagai guru, usahawan sosial, pembuat polisi, penyelidik, dan pejuang-pejuang misi.
Kami bekerjasama dengan para pelajar, Kementerian Pendidikan, rakan rangkaian, Felo TFM dan Alumni TFM, serta orang awam untuk membawa impak mampan dan berjangka masa panjang dalam kehidupan kanak-kanak.
Mentransformasikan ekosistem pendidikan dan masyarakat
Kami berganding baju dengan murid-murid dan ahli-ahli gerakan untuk membayangkan semula pendidikan untuk kanak-kanak dan generasi akan datang sipaya satu hatu, semua kanak-kanak akan mendapat pemerkasaan melalui pendidikan untuk menjalani kehidupan yang mereka mahukan.
Kami sedang membina sebuah gerakan yang terdiri daripada para pemimpin Alumni TFM yang komited untuk bekerjasama di semua peringkat dalam sektor awam, swasta dan sosial untuk membina bersama sebuah ekosistem yang secara menyeluruhnya percaya akan 'pelaburan' ke arah pendidikan kanak-kanak.
Impak Kami Tertumpu Kepada
36
98
75
Laporan Kewangan
Teach For Malaysia merupakan sebuah organisasi yang komited dalam memberi kepentingan kepada ketelusan dan tanggungjawab terhadap orang awam. Setiap tahun, kami akan menerbitkan laporan kewangan yang telah diaudit dan juga laporan impak kami yang telah dikemaskini.
Jadi sebahagian daripada solusi
"Sekampung diperlukan untuk membesarkan seorang kanak-kanak", impak kami berjaya menjadi kenyataan dengan penyertaan rakan-rakan sepemikiran, penyokong, sukarelawan, penderma individu dan pengumpul dana sepanjang perjalanan kami.
Sokong Aktiviti Harian Kami
Bantu kami terus mengubah pendidikan untuk mereka yang paling memerlukan
Jadi Rakan Rangkaian Kami
Bekerjasama dengan kami untuk menjadi sebahagian daripada gerakan pendidikan yang memberi impak kepada pelajar di Malaysia
Sertai Gerakan Kami
Terokai cara-cara lain untuk bekerjasama dengan kami untuk bersama-sama memperjuangkan misi