Program Duta Guru adalah sebuah kerjasama antara Yayasan PETRONAS dan Kementerian Pendidikan melalui Pusat STEM Negara. Ia merupakan sebuah program yang berkaitan dengan industri yang mempunyai pengalaman selama bertahun-tahun merentasi negara yang akan mengukuhkan kebolehan guru-guru STEM yang sedang berkhidmat di sekolah yang mempunyai majoriti murid-murid B40.
Program Duta Guru bertujuan untuk menambahbaik sistem yang wujud untuk mengembangkan keupayaan guru-guru sekolah awam di Malaysia untuk mempertingkatkan minat dan kebolehan murid-murid dalam matapelajaran STEM dan KBAT, terutama sekali bagi mereka yang kurang berkemampuan.
Pemerkasaan melalui pendidikan STEM
Menjelang tahun 2030, Program Duta Guru akan memerkasa 4,500 orang guru untuk menjadi sangat berkeupayaan dan komited untuk menjadi contoh yang baik untuk mempertingkat kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) melalui pendidikan STEM yang menjadi teras kepada pembangunan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaya saing.
By teachers, for teachers
Program Duta Guru bertujuan untuk menambahbaik sistem yang wujud untuk mengembangkan keupayaan guru-guru sekolah awam di Malaysia untuk mempertingkatkan minat dan kebolehan murid-murid dalam matapelajaran STEM dan KBAT, terutama sekali bagi mereka yang kurang berkemampuan.
Menjelang tahun 2030, Program Duta Guru akan memerkasa 4,500 orang guru untuk menjadi sangat berkeupayaan dan komited untuk menjadi contoh yang baik untuk mempertingkat kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) melalui pendidikan STEM yang menjadi teras kepada pembangunan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaya saing.
Pengasas Program
Yayasan PETRONAS
Yayasan PETRONAS ialah cabang tanggungjawab sosial korporat kepada PETRONAS. Misi kami adalah untuk memperkaya kehidupan untuk masa depan yang lestari. Kami mahu memberi kesan yang mampan, menambahbaik kualiti kehidupan dan kesan sosioekonomik untuk semua komuniti di negara ini.
Pelaksana Program
Teach For Malaysia
Yayasan Teach For Malaysia merupakan sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang mempunyai visi untuk memperkasa negara melalui pendidikan. Kami percaya bahawa masa depan seorang kanak-kanak tidak patut ditetapkan oleh cabaran-cabaran yang mereka hadapi. Kami merekrut warga Malaysia yang cemerlang untuk menyertai Program TFM, sebuah Program Perkembangan Kepimpinan selama dua tahun untuk memberi impak positif serta-merta kepada sekolah-sekolah berkeperluan tinggi merentasi negara Malaysia.
Petrosains
Pengalaman yang interaktif dan praktikal di Petrosains, The Discovery Centre adalah semestinya apa yang anda mahukan di sesebuah pusat sains. Pameran dan aktiviti-aktiviti di dalam dan luar jangkauan yang memberi keseronokan kepada pembelajaran STEM boleh didapati di Petrosains. Ia adalah sebuah cabang daripada komitmen PETRONAS untuk membina negara dengan memupuk minat terhadap STEM dan mendorong kewujudan sebuah generasi anak Malaysia yang berjiwa sains, berminda teknologi, dan berinovasi.
Duta Guru Kami
Jadi sebahagian daripada solusi
"Sekampung diperlukan untuk membesarkan seorang kanak-kanak", impak kami berjaya menjadi kenyataan dengan penyertaan rakan-rakan sepemikiran, penyokong, sukarelawan, penderma individu dan pengumpul dana sepanjang perjalanan kami.

Memimpin Perubahan dalam Bilik Darjah
Ketahui lebih lanjut tentang Program TFM, program perkembangan kepimpinan kami yang telah memenangi pelbagai anugerah

Sokong Aktiviti Harian Kami
Bantu kami terus mengubah pendidikan untuk mereka yang paling memerlukan

Jadi Rakan Rangkaian Kami
Bekerjasama dengan kami untuk menjadi sebahagian daripada gerakan pendidikan yang memberi impak kepada pelajar di Malaysia

Sertai Gerakan Kami
Terokai cara-cara lain untuk bekerjasama dengan kami untuk bersama-sama memperjuangkan misi