Gerakan Komuniti

Untuk meluaskan gerakan kami dan memecut perkembangan kami terhadap visi kami, kami akan lancarkan Gerakan Komuniti untuk menghasilkan sebuah perubahan sistemik dan tingkatkan skala impak kami.

Volunteer with Us

We would like to join hands with passionate changemakers like yourself to be part of the education recovery. By working with the leaders from B40 communities, you will gain first-hand experience and develop awareness on the learning loss and inequity among the students.

Kotak Pembelajaran

Murid-murid di kawasan yang tidak mempunyai liputan jalur lebar atau liputannya adalah terhad boleh terus belajar walaupun ketika pandemik.

Sejak Julai 2020, TFM telah membuat inovasi dalam menghasilkan sebuah sumber pelajaran yang luar talian iaitu Kotak Pembelajaran bagi menyelesaikan masalah murid-murid di kawasan pedalaman akibat penutupan sekolah. Projek Kotak Pembelajaran disertai oleh murid-murid dan guru-guru dari kawasan pedalaman bagi memastikan pembelajaran tidak terhenti akibat pandemik.

Pada waktu dan keadaan yang tidak menentu, Kotak Pembelajaran telah membolehkan TFM dengan kerjasama rakan rangkaian dan pengumpul dana kami, untuk terus menyumbang kepada pemulihan pendidikan. Natijahnya, Kotak Pembelajaran telah meningkatkan motivasi murid-murid untuk belajar. Ia juga telah membentuk sikap ingin tahu dan pembelajaran secara bebas dalam kalangan murid-murid. Ini menunjukkan usaha kami dalam menutupi jurang pendidikan dalam kalangan murid-murid di kawasan pedalaman adalah berhasil.

Kotak Pembelajaran direka untuk memberi penumpuan terhadap subjek STEM, dan bertujuan untuk tingkatkan sikap ingin tahu dan membentuk murid-murid yang bersemangat, yang dapat mengaitkan objektif pembelajaran dalam silibus dengan dunia sebenar.

Sekolah Enuma (SE)

Sebuah aplikasi pembelajaran yang digamifikasikan yang boleh digunakan tanpa sambungan internet

Meningkatkan kadar celik huruf dan abjad dalam kalangan murid-murid sekolah rendah adalah suatu cabaran besar terutamanya kepada sekolah-sekolah di komuniti yang berkeperluan tinggi yang menghadapi kesukaran dalam merekrut tenaga pengajar yang cukup dan memastikan guru-guru tersebut kekal mengajar di sekolah tersebut serta kekurangan sumber bagi mendapatkan pendidikan berkualiti.

Bagi menyelesaikan masalah ini, TFM telah bekerjasama dengan Enuma Inc. dalam menyediakan penyelesaian yang boleh diakses dan boleh digunakan di semua sekolah-sekolah di Malaysia, dengan keutamaan diberikan kepada sekolah-sekolah di kawasan pedalaman, sebagai sebuah komponen utama dalam strategi meningkatkan celik huruf dan celik nombor. Sekolah Enuma merupakan sebuah aplikasi pembelajaran yang digamifikasi dan direka untuk memenuhi keperluan individu yang mana seorang murid tidak kira keupayaan dan pengetahuan mereka sebelum ini, mereka dapat menggunakan aplikasi tersebut dan belajar secara bebas. Murid-murid akan bermain ujian bagi subjek untuk menentukan tahap permulaan bagi pembelajaran mereka dalam Kursus Pembelajaran Sekolah Enuma. Seterusnya, mereka dibimbing dalam setiap subjek sehingga mereka memenuhi keperluan pembelajaran individu.

Untuk membantu murid-murid dalam pembentukan sikap positif terhadap pembelajaran, Sekolah Enuma dibentuk untuk menjadikan pengalaman pembelajaran lebih menarik dengan penggunaan rekaan visual yang kreatif, jalan kisah yang unik dan kewujudan sistem ganjaran.

Jadi sebahagian daripada solusi

"Sekampung diperlukan untuk membesarkan seorang kanak-kanak", impak kami berjaya menjadi kenyataan dengan penyertaan rakan-rakan sepemikiran, penyokong, sukarelawan, penderma individu dan pengumpul dana sepanjang perjalanan kami. 

Memimpin Perubahan dalam Bilik Darjah
Ketahui lebih lanjut tentang Program TFM, program perkembangan kepimpinan kami yang telah memenangi pelbagai anugerah

Daftarkan Saya

Sokong Aktiviti Harian Kami
Bantu kami terus mengubah pendidikan untuk mereka yang paling memerlukan

Derma sekarang

Jadi Rakan Rangkaian Kami
Bekerjasama dengan kami untuk menjadi sebahagian daripada gerakan pendidikan yang memberi impak kepada pelajar di Malaysia

Sertai pasukan kami

Sertai Gerakan Kami
Terokai cara-cara lain untuk bekerjasama dengan kami untuk bersama-sama memperjuangkan misi

Kerjaya dengan TFM

Terus berhubung

Teach For Malaysia komited kepada misi kami. Sertai rangkaian emel kami untuk mengetahui cara-cara untuk sertai kami.