Learn more about the Fellowship’s leader development framework, what being a full-time teacher entails, and an overview of our Alumni network.
Persediaan untuk menjadi Felo dalam Program TFM
Kami tahu bahawa Felo datang daripada latar belakang dan bidang yang berlainan. Untuk memaksimakan perkembangan dan impak anda semasa Program TFM berlangsung, kami akan menjalankan sebuah program latihan yang menyeluruh untuk pastikan semua Felo sedia untuk berkhidmat.
Program Pra-Perkhidmatan
Program setempat yang intensif ini menandakan permulaan latihan kepimpinan anda. Program Pra-Perkhidmatan ini direka untuk menyediakan semua Felo dengan kemahiran dan keupayaan asas yang diperlukan untuk mengajar dan memimpin sesebuah bilik darjah. Anda akan mula dengan sebuah kursus yang ringkas tetapi intensif (crash-course) tentang pengetahuan pedagogi untuk membina pemikiran, pengetahuan dan kemahiran asas anda sebagai seorang guru. Selain itu, anda akan mendapat latihan secara praktikal (hands-on) dengan mengajar para pelajar dan menerima maklumbalas dan bimbingan harian, supaya anda dapat mengasah kemahiran dan mempercepatkan perkembangan anda.
Orientasi Penempatan
Anda akan melawat daerah penempatan di mana anda akan berkhidmat semasa sesi ini. Ini supaya anda mendapat peluang untuk memahami konteks dan suasana tempat, serta mengenali komuniti di kawasan penempatan anda sepanjang perjalanan sebagai seorang Felo Program TFM.
Kehidupan Sebagai Seorang Felo TFM
You’ll find that classroom leadership as a full-time teacher builds a foundation for long-term impact.
Sesi pengajaran yang dibina dengan baik dan seimbang
Bimbingan yang Kerap
Perkembangan Diri
Cipta Impak
Kehidupan Sebagai Seorang Felo TFM
Tugas hakiki sebagai seorang guru
Felo akan bertugas daripada hari Isnin ke Jumaat, dan pada hari-hari hujung minggu yang tertentu apabila diperlukan oleh pihak sekolah. Seperti guru-guru lain, Felo akan terlibat dengan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum dan mendukung pelbagai tanggungjawab tambahan di sekolah sepanjang Program TFM.
01
Penempatan: Di manakah Felo akan mengajar?
Felo akan ditempatkan di sekolah yang berkeperluan tinggi berdasarkan kekosongan dalam sistem pendidikan kerajaan. Sebelum ini, Felo pernah ditempatkan di kawasan-kawasan yang berbeza termasuk Johor, Kedah, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pahang, Sabah, Sarawak dan Selangor. Dengan menerima tawaran, anda diminta untuk bersedia untuk menerima penempatan tugasan (dan kemungkinan untuk berpindah). Pihak TFM bersedia untuk membantu anda dalam melancarkan proses peralihan anda, seperti mencari rumah sewa dan sebagainya.
This year, we placed our 2023 Cohort Fellows back in Sarawak (our last Cohort in Sarawak was back in 2015) to continue bridging the education gap in Malaysia’s highest-need regions.
02
Mata pelajaran apa yang Felo akan ajar?
Seperti sekolah dan kawasan penempatan, mata pelajaran akan ditentukan oleh pihak sekolah mengikut keperluan semasa. Selalunya, bidang pendidikan dan pengalaman bekerja anda serta faktor-faktor lain akan diambil kira untuk hal ini.
Anda mungkin akan ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran yang bukan pilihan anda, atau yang anda kurang yakin untuk ajar. Sebagai seorang Felo, anda akan mempunyai akses kepada rangkaian bimbingan dan sokongan dalam sekolah serta rakan-rakan Felo anda, dan tak lupa juga LDO anda.
03
Gaji
Felo dalam Program TFM akan menerima pakej gaji yang setimpal dengan gaji guru lepasan ijazah di sekolah kerajaan.
04
Gambaran Aliran Alumni
Gerakan Alumni merupakan sebuah bahagian teras Yayasan Teach For Malaysia. Tidak kira aliran kerjaya yang dipilih, para Alumni akan terus bekerjasama merentas sektor yang berbeza untuk memperjuangkan pendidikan berkualiti untuk semua kanak-kanak.
Kini, kami mempunyai 447 orang Alumni pada awal tahun 2022.
Gambaran Aliran Alumni
Gerakan Alumni merupakan sebuah bahagian teras Yayasan Teach For Malaysia. Tidak kira aliran kerjaya yang dipilih, para Alumni akan terus bekerjasama merentas sektor yang berbeza untuk memperjuangkan pendidikan berkualiti untuk semua kanak-kanak.
Kini, kami mempunyai 447 orang Alumni pada awal tahun 2022.
Apa Kata Felo-felo TFM?
Impak Alumni
10
330285
474
893
13
Daripada memperjuangkan pendidikan berkualiti melalui pengajaran dalam bilik darjah kepada mendorong inovasi melalui polisi, penyelidikan, dan perkhidmatan sektor ketiga, mereka terus menyebarkan pengaruh mereka dan mencari sumber untuk terus menyokong gerakan ini.
Sama ada memberi impak kepada pengajaran di salam sistem, atau memperjuangkan pendidikan dalam sektor korporat atau sosial, Alumni kami memainkan peranan yang besar dalam mengubah pendidikan untuk para pelajar.

Inisiatif Alumni
Dalam tahun kedua Program TFM, semua Felo akan menjalankan sebuah inisiatif yang bertujuan untuk menambahbaik pendidikan atau sistem sosial dalam komuniti mereka. Selepas tamat Program TFM, sebahagian Alumni mengambil peluang untuk menjadi usahawan sosial di dalam bidang STEM, seni persembahan, literasi, transformasi sekolah, dan kepimpinan pelajar.

Pemimpin GSL (Global School Leaders Malaysia)
Dipimpin oleh Cheryl Fernando (2013)
Pemimpin GSL (Global School Leaders) adalah sebuah program perkembangan kepimpinan di sekolah yang bekerjasama dengan 24 buah sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor. Program-program ini tertumpu kepada perkembangan 4 komponen dalam kepimpinan di sekolah: Memimpin Pelajaran, Memimpin untuk Kesaksamaan, Memimpin Orang Lain, dan Memimpin untuk Penambahbaikan Sekolah.
Maklumat Lanjut
MYReaders
Diasaskan bersama oleh Charis Ding (2013), Rachel Lim (2014), Alex Lim (2013) & Tay Sue Yen (2014)
MYReaders adalah sebuah perusahaan sosial yang menyediakan program celik huruf dalam sekolah dan komuniti untuk mendorong kanak-kanak untuk membaca. Sebahagian daripada tugas teras meraka adalah menyediakan alat-alat celik huruf untuk pelajar, melatih guru dan mentor pelajar, dan membina modul-modul yang disesuaikan dengan keperluan sekolah.
Maklumat Lanjut
ARTspire
Diasaskan bersama oleh Candee Chee (2016) dan Khor Wei Ken (2016)
ARTspire merupakan sebiah inisiatif yang berpusat di Pasir Gudang, bertujuan untuk memperkasakan pelajar dalam meluahkan diri secara kreatif dan dengan penuh keyakinan melalui seni persembahan. ARTspire menyesiakan platform untuk belajar dan mempersembahkan bakat mereka. ARTspire juga platform untuk pelajar meingkatkan kefasihan berbahasa Inggeris sambil mengembangkan keyakinan diri dalam luahan kreatif.
Maklumat LanjutJohanan Wong, Kohort 2015
Johanan berkongsi beberapa buah cerita ringkas kandid tentang kejayaan dan cabaran bersama para pelajar semasa pengalamannya di dalam Program TFM di Miri, Sarawak
Gambaran Ringkas Program TFM
Nadia Nicole dan Juan Magrita, Kohort 2016
Ikut Nadia dan Juan ke sekolah di Pasir Gudang, Johor, sambil mereka bincangkan apa yang telah mereka pelajari sebagai seorang guru.
Ketahui Lebih Lanjut Tentang Khidmat Kami
Kami ingin menjemput semua orang yang mempunyai minat yang mendalam terhadap pendidikan untuk menyertai komuniti kebangsaan kami yang terdiri daripada para pemimpin.

Soalan-soalan Lazim Program TFM
Dapatkan jawapan bagi soalan-soalan yang sering ditanya tentang Program TFM