Kita semua mempunyai peranan dalam pendidikan kanak-kanak. Hanya dengan usaha kolektif sahaja kita boleh menamatkan ketidaksaksamaan pendidikan. Kami bekerjasama dengan rakan rangkaian daripada sektor awam dan sektor swasta yang berkongsi nilai dan kepercayaan dengan kami, untuk mengcipta impak dan perubahan dalam sistem pendidikan. Bekerjasamalah dengan kami menerusi pelbagai aktiviti hari ini mengetahui cara untuk menyokong inisiatif kami.
Rakan Rangkaian Korporat
Para Penyokong
Inisiatif-inisiatif Kolaborasi Kami
Here are some of the ways we work with our partners to amplify the impact we’re creating together.

Kem Kepimpinan Pelajar Accenture
Kem Kepimpinan Pelajar Accenture merupakan sebuah program inovasi sosial yang dianjurkan hasil kerjasama kami dengan Accenture. Murid-murid akan dipecahkan kepada beberapa buah kumpulan untuk memikirkan dan membentangkan cadangan penyelesaian bagi cabaran-cabaran di komuniti tempatan mereka. Kumpulan-kumpulan yang terpilih akan menerima dana untuk menjalankan inisiatif yang telah dibentangkan di sekolah masing-masing.

Minggu TFM (TFM Week)
Setiap tahun, selama seminggu, kami menjemput pemimpin-pemimpin industri yang berpengaruh daripada sektor awam dan sektor swasta untuk mengajar di bilik darjah kami bagi tujuan memberi impak kepada murid-murid. Para tetamu akan meluangkan masa selama separuh hari untuk mengajar murid-murid bersama-sama seorang Felo TFM di sebuah sekolah berkeperluan tinggi, dan akan mendapat peluang untuk berinteraksi secara langsung dengan murid-murid kami.

Dragons’ Den
Dragons' Den dianjurkan secara tahunan sebagai sebuah peluang kepada Felo-felo TFM untuk membentangkan inisiatif pendidikan mereka kepada sebuah panel pemimpin korporat (Dragons atau Naga) untuk mendapat pembiayaan awal. Para panelis akan dijemput untuk memberi maklumbalas yang membina dan boleh memilih untuk melabur atau menyokong mana-mana inisiatif yang telah dibentangkan.
We are a partner with

Jadi seorang pejuang pendidikan.
Partner Opportunities
As a partner, you will play an important role in helping us to impact more students. Here are some ways you can contribute.