Dapatkan jawapan bagi soalan-soalan yang sering ditanya tentang Program TFM
Tentang Program TFM
Apakah Program TFM?
The Teach For Malaysia Fellowship is an intensive, full-time, fully-paid, two-year leadership development programme in which Fellows teach in a high-need school. Fellows make a difference for the students and communities while identifying how they can be part of the solution to education inequity. Our Fellows receive intensive training and mentoring to develop themselves as a leader.
Bolehkah saya pilih tempoh penyertaan saya dalam Program TFM?
Calon yang memohon untuk menjadi Felo dalam Program TFM harus bersedia untuk memberi komitmen selama dua tahun yang penuh kepada program ini. Komitmen dua tahun tersebut penting untuk perjalanan perkembangan kepimpinan anda, dan untuk membina pemahaman yang mendalam tentang cabaran-cabaran yang dihadapi para pelajar di sekolah dan komuniti mereka. Komitmen yang penuh adalah penting untuk memastikan pandangan dan keyakinan yang diperlukan dapat dibina untuk anda terus menjadi pemimpin sepanjang hidup dalam perjuangan untuk memberi peluang pendidikan kepada semua.
Adakah saya akan dibayar sepanjang Program TFM?
Ya, Felo kami menerima pakej gaji yang setanding dengan gaji guru-guru lepasan ijazah di sekolah kerajaan.
Apakah maksud sekolah berkeperluan tinggi?
Felo kami mengajar di sekolah-sekolah awam merentas negara. Sekolah berkeperluan tinggi adalah sekolah-sekolah yang sedang menghadapi cabaran dari segi akademik atau/dan berada dalam kawasan komuniti yang mempunyai cabaran dari segi sosioekonomi.
Di manakah Felo-felo TFM pernah ditempatkan?
Sebelum ini, Felo kami pernah ditempatkan di Johor, Kedah, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pahang, Penang, Perak, Sabah, Sarawak and Selangor.
Apakah kemahiran yang saya akan belajar semasa Program TFM berlangsung?
TFM percaya bahawa guru yang hebat mempunyai kemahiran yang sama dengan pemimpin dalam bidang yang lain. Meluangkan masa selama dua tahun di dalam bilik darjah akan membantu Felo membina kemahiran memimpin seperti kemahiran organisasi, komunikasi, penyelesaikan masalah salam suasana yang tidak berstruktur, mengurus manusia dan kepintaran yang amat berharga dalam mana-mana sektor. TFM akan memberi sokongan kepada Felo sepanjang perjalanan perkembangan kepimpinan ini melalui latihan, bengkel, dan bimbingan semasa bertugas.
Adakah tempat tinggal disediakan oleh TFM?
Tidak. Felo akan dibayar gaji bulanan dan diminta untuk mencari dan mengurus tempat tinggal sendiri serta menguruskan kewangan harian sendiri. Walaubagaimanapun, pihak TFM sedia untuk membantu melancarkan proses peralihan dan memberi bantuan dalam mencari rumah sewa.Ya. TFM akan menyediakan elaun sebanyak ~RM700 setiap bulan semasa Program Pra-Perkhidmatan berlangsung.
Adakah saya akan menerima elaun semasa sesi latihan dan sebelum penempatan?
Ya. YTFM akan menyediakan elaun sebanyak ~RM700 setiap bulan semasa Program Pra-Perkhidmatan berlangsung.
Proses Permohonan
Bagaimana cara untuk memohon untuk menyertai Program TFM?
Tekan butang 'Mohon' pada belah atas dan kanan laman ini untuk memulakan proses permohonanan anda bagi Program TFM. Anda akan terus menerima sebuah emel yang mengandungi pautan ke Part 2 (Bahagian kedua) borang permohanan anda selepas anda menghantar Part 1 (Bahagian pertama).
Bolehkan saya melengkapkan permohonan saya dalam Bahasa Malaysia?
Tidak, sila lengkapkan permohonan anda dalam Bahasa Inggeris kerana pihak kami menggunakan bahasa tersebut sebagai bahasa rasmi dalam komunikasi dalaman Yayasan Teach For Malaysia. Kefasihan anda dalam Bahasa Malaysia akan dinilai dalam peringkat yang kemudian dalam proses ini.
Bilakah Panel Pemilih TFM akan meminta rujukan?
Kami akan meminta maklumat kontak rujukan anda selepas anda berjaya melepasi proses permohonan dan selepas temuduga atas talian, sebelum Sesi Penilaian yang dikenali sebagai AC (Assessment Centre).
Bilakah saya akan mendapat jawapan selepas menghantar permohonan?
Anda akan dimaklumkan tentang hasil penilaian melalui emel selepas 2-3 minggu.
Saya menghadapi masalah teknikal semasa memohon. Apa yang patut saya lakukan?
Sila hantarkan emel kepada recruitment@teachformalaysia.org dengan sebuah tangkap layar (screenshot) masalah tersebut. Pihak kami akan menghubungi anda secepat mungkin!
Saya telah memulakan permohonan saya tetapi saya tidak menerima pautan unik kepada bahagian kedua borang permohonan. Apa yang patut saya lakukan?
Sila check 'spam inbox' emel anda untuk emel daripada kami yang mengandungi pautan tersebut. Jika tiada, sila hantarkan emel kepada recruitment@teachformalaysia.org berserta nama penuh dan alamat emel yang digunakan dalam bahagian pertama borang permohonan.
Ukuran tahap kelayakan pendidikan yang mana patut saya gunakan dalam borang permohonan saya?
Kami faham bahawa para pemohon Program TFM datang daripada latar belakang pendidikan dan sistem sekolah yang berbeza. Sila pilih mana-mana ukuran tahap kelayakan yang paling relevan kepada institusi anda (GPA, Kelas Ijazah (Class of Degree), Purata Terkumpul (cumulative average), dan lain-lain) dan isikan keputusan atau markah yang didapati. Contohnya, jika institusi anda menggunakan Purata Terkumpul dan markah purata terkumpul anda adalah 78/100, sila pilih Cumulative Average dan isikan 7.8/10.0 sebagai keputusan. Jika tiada pilihan yang sesuai untuk anda, sila pilih "Other" dan isikan sistem yang digunakan institusi anda dalam ruangan yang disediakan. Sila ambil maklum bahawa jika anda dijemput untuk menghadiri Sesi Penilaian ataupun AC, kami akan meminta anda untuk menghantar salinan transkrip akademik untuk memastikan markah-markah yang dinyatakan.
Saya sedang mengisi borang permohonan, tapi saya tak jumpa dokumen pengiktirafan universiti saya. Apa yang saya patut lakukan?
Anda boleh semak status pengiktirafan universiti anda di http://www2.mqa.gov.my/mqr/. Jika anda tidak menemui universiti anda dalam pengkalan data Daftar Kelayakan Malaysia, anda boleh menghubungi universiti anda untuk dokumen tersebut.
Saya telah lepas peringkat permohonan atas talian, tapi saya khuatir tentang situasi kewangan saya untuk ke Kuala Lumpur bagi menghadiri Assessment Centre (AC). Patutkah saya menarik diri?
Tidak, sila teruskan permohonan anda! Kami menyediakan dana untuk membantu calon-calon yang memerlukan dari segi kewangan bagi tujuan menghadiri AC kami. Selain itu, AC secara virtual hanya akan dilaksanakan jika anda tidak boleh menghadiri sesi tersebut secara fizikal. Sila hubungi rekruter kami atau pihak kami di admissions@teachformalaysia.org jika anda mahu memohon dana ini.
Saya telah menghantar permohonan, tetapi tidak lepas. Bolehkah saya meminta maklumbalas daripada pihak TFM tentang permohonan saya?
Buat masa sekarang, dengan dukacitanya kami terpaksa menolak permintaan untuk maklumbalas pada peringkat borang permohonan kerana bilangan permohonan yang banyak, dan panel yang terhad. Kami hanya boleh memberi maklumbalas jika anda lepas ke peringkat AC.
Saya telah memohon, tetapi tidak lepas. Bolehkah saya cuba lagi?
Setiap calon hanya boleh memohon sekali sahaja dalam masa 12 bulan, kecuali jika Panel Pemilih kami sendiri menjemput anda untuk mencuba lagi. Walaubagaimanapun, semua calon digalakkan untuk memohon lagi untuk Kohort yang seterusnya. Ikuti media sosial kami untuk mendapat makluman tentang pelancaran musim rekrutmen yang seterusnya!
Dengan pandemik COVID-19, bagaimanakah Assessment Centre akan dikendalikan?
Untuk kesejahteraan dan kesihatan kakitangan TFM dan calon-calon Program TFM, AC akan dikendalikan secara virtual, kecuali dengan makluman. Jika AC tersebut berjalan secara fizikal, pihak TFM akan memastikan langkah-langkah untuk berjaga-jaga diambil.
Kelayakan untuk memohon
Saya mempunyai ikatan dengan biasiswa atau bon. Bolehkah saya mohon?
Ya, pemegang biasiswa JPA boleh melaksanakan khidmat bagi bon anda melalui program STAR (Scholarship, Talent, Attraction & Retention). Pemegang biasiswa Yayasan UEM boleh membuat pemindahan bon dan berkhidmat melalui Program TFM. Bagi kohort-kohort yang lepas, kami telah melatih ramai pemegang biasiswa daripada pemberi biasiswa yang lain. Pemohon yang memegang biasiswa atau bon perkhidmatan selain yang disebut digalakkan untuk menghubungi kami di recruitment@teachformalaysia.org untuk makluman lanjut.
Saya tidak mengambil SPM semasa tamat sekolah menengah / Saya tidak memenuhi kelayakan minima SPM tetapi saya memenuhi kelayan Ijazah. Bolehkah saya terus memohon?
Ya, semestinya! Dengan pengenalan Aliran Rakan Guru kami, pihak kami mengalu-alukan permohonan daripada calon yang mempunyai kelayakan lepasan sekolah menengah selain SPM. Jika anda tiada sijil SPM atau tidak memenuhi kelayakan minima SPM, kami galakkan anda untuk memohon bagi Program TFM Aliran Rakan Guru sebagai ganti kepada Aliran Kontrak Perkhidmatan (CoS).
Saya seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam Pendidikan. Bolehkan saya mohon?
Ya, anda boleh menyertai Program TFM! Permohonan bagi Aliran Kontrak Perkhidmatan (CoS) tidak dibuka sekarang tetapi anda boleh memohon bagi Aliran Rakan Guru.
Saya seorang guru yang sedang mengajar di sekolah kerajaan. Bolehkah saya mohon?
Jika anda merupakan seorang guru yang bertugas di sekolah kerajaan sepenuh masa, anda tidak boleh memohon untuk program ini. Ini adalah kerana Program TFM bertujuan untuk menarik minat bakat-bakat daripada pelbagai jenis latarbelakang untuk bekerja dengan guru-guru tersedia untuk bersama-sama mencari solusi dalam perjuangan untuk memberikan peluang pendidikan berkualiti kepada semua. Tetapi, guru-guru dalam perkhidmatan boleh menyertai projek-projek TFM yang lain atau sertai Program Duta Guru kami.
Saya merupakan seorang guru dalam perkhidmatan yang mengajar di sekolah swasta. Bolehkah saya mohon?
Ya, selagi anda memenuhi kriteria-kriteria lain, anda boleh memohon.
Saya akan tamat pelajaran pada tahun ini, tetapi saya belum menerima sijil Ijazah Sarjana Muda saya. Bolehkah saya mohon?
Ya, selagi anda yakin anda akan dapat sijil tersebut dan transkrip rasmi sebelum tarikh tutup menyerahan dokumen.
Keputusan Ijazah Sarjana Muda saya tidak melepasi kriteria minimum, tetapi keputusan Ijazah Sarjana (Master) saya lepas / Keputusan Master saya tidak melepasi kriteria minimum, tapi keputusan Ijazah Sarjana Muda saya lepas. Bolehkah saya mohon?
Ya, jika salah satu daripada Ijazah Sarjana Muda atau Master anda melepasi kriteria minimum, anda layak untuk memohon.
Adakah saya perlu ada sebarang pengalaman mengajar untuk dipilih?
Tidak sama sekali! Semua Felo kami datang daripada latarbelakang yang pelbagai, dan kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai pengalaman mengajar. Semasa bengkel-bengkel latihan kami, kami akan menyediakan anda dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam bilik darjah.
Adakah saya perlu ada sebarang pengalaman kepimpinan untuk dipilih?
Kami merekrut mereka yang mempunyai potensi kepimpinan yang tinggi untuk memastikan impak Felo dapat dimaksimakan di bilik darjah. Anda boleh mempunyai dan menunjukkan potensi kepimpinan tanpa perlu dilantik untuk menjadi pemimpin. Sila rujuk halaman Siapa Yang Kami Cari untuk kefahaman lanjut.
Saya sedang belajar/bekerja di luar negara. Adakah saya perlu pulang ke Malaysia untuk mohon?
Tidak, anda tidak perlu berada di Malaysia untuk memulakan permohonan. Semua peringkat pemilihan sehingga AC akan dikendalikan secara atas talian. Namun begitu, anda perlu pulang ke Malaysia untuk peringkat-peringkat seterusnya termasuk untuk Program Pra-Perkhidmatan. Sila hubungi recruitment@teachformalaysia.org jika anda perlukan bantuan.
Saya sedang menjalankan Ijazah Master saya. Bolehkah saya mohon?
Walaupun tiada halangan secara rasmi, kami tidak mengalakkan pelajar Master untuk menjalankan Program TFM semasa dalam tempoh pelajaran. Ini adalah kerana program ini sangat intensif dan memerlukan komitmen yang tinggi. Felo harus pandai mengimbangan tugas harian sebagai tenaga pengajar dan menghadiri bengkel-bengkel tambahan/sesi bimbingan/program-program Yayasan Teach For Malaysia yang lain.
Penempatan dan Mata Pelajaran.
Bolehkah saya pilih penempatan sekolah?
No, unfortunately not. Fellow’s placement location under the Teaching Partner pathway is limited to high need areas determined by Ministry of Education and as recommended by Teach For Malaysia. Whereas, Fellow’s placement locations under the Contract of Service pathway are determined by the Ministry of Education based on vacancies within the government education system, and Teach For Malaysia has little to no influence over the decision. Upon accepting your offer, we ask for you to be ready for placement anywhere in Malaysia. Throughout our application process, our recruiters are always happy to share previous experiences from our Fellows and Alumni who had to move far away from home.
Bilakah saya akan dapat tahu tentang lokasi penempatan saya?
Placement location will be confirmed during or upon successful completion of the Pre-Service Programme.
Bolehkah saya pilih mata pelajaran yang akan diajar?
Tidak. Setiap Felo akan mengajar berdasarkan keperluan sekolah yang ditentukan. Selalunya, keputusan dan bidang anda pada peringkat sekolah menengah serta universiti akan menjadi faktor untuk menentukan mata pelajaran yang anda akan ajar di sekolah.
Jika saya ditempatkan di kawasan pendalaman atau kawasan yang tidak dikenali, adakah keadaannya selamat? Bagaimana dengan tempat tinggal dan kenderaan?
Keselamatan Felo kami adalah sebuah kepentingan yang tinggi bagi Teach For Malaysia. Pihak kami akan bantu anda melancarkan proses peralihan ke kawasan baru semasa awal program dengan cara memberi sokongan dan bantuan untuk mencari tempat tinggal dan mengatur mesyuarat dengan pemegang=pemegang taruh yang penting di kawasan tersebut. Kami akan cuba sebaik mungkin untuk memastikan anda rasa selamat dan selesa!
Saya mahu menyertai Program TFM sebagai seorang Felo tetai saya terikat dengan kawasan-kawasan tertentu. Bolehkan saya mohon?
Unfortunately, we ask that candidates be flexible in relocating as placement can be anywhere. However, our recruiters are always open to thought-partner with you before or after starting your application.
Selepas Tamat Program TFM
Apakah yang akan berlaku selepas tamat Program TFM?
Selepas tamat program, anda akan menyertai Rangkaian Alumni Teach For All. Sebagai seorang alumni, anda boleh meneruskan perjuangan dalam pendidikan menerusi pelbagai cara, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
- Mendorong inovasi dan khidmat pihak ketiga melalui TFM, inovasi sosial, atau NGO yang memperjuangkan isu pendidikan atau ketidaksaksamaan.
- Menyumbang kepada bidang pendidikan sebagai seorang aktivis atau ahli akademik dalam bidang polisi dan penyelidikan, atau bidang-bidang lain yang berkaitan dengan pendidikan.
- Menyertai organisasi swasta dan yayasan yang bukan berasaskan pendidikan tetapi fokus kepada pengumpulan sumber seperti dana, kemahiran, dan pengaruh untuk terus memperjuangkan misi dan visi TFM.
Adakah TFM akan membantu saya meneruskan kerjaya selepas tamat Program TFM?
Ya, dalam tahun kedua anda sebagai Felo, TFM akan menyediakan sokongan dengan menghubungkan anda dengan rakan-rakan rangkaian dan penyokong-penyokong TFM yang sentiasa bersedia untuk mengambil Alumni TFM sebagai pekerja. Anda juga boleh menghubungi TFM dan komuniti Alumni pada mana-mana peringkat semasa atau selepas Program TFM untuk mendapatkan nasihat dan sokongan kerjaya.
Perlukan bantuan lanjut?
Hubungi kami melalui borang atau emel kami dengan sebarang pertanyaan
Ketahui Lebih Lanjut Tentang Khidmat Kami
Kami ingin menjemput semua orang yang mempunyai minat yang mendalam terhadap pendidikan untuk menyertai komuniti kebangsaan kami yang terdiri daripada para pemimpin.

Perjalanan Program TFM
Ketahui lebih lanjut tentang rangka kerja perkembangan pemimpin Program TFM, skop tugas dan tanggungjawab guru sepenuh masa, dan gambaran rangkaian Alumni kami