Masalah yang dihadapi

Setiap kanak-kanak berhak untuk mencipta masa depan mereka sendiri dan menikmati sebuah kehidupan yang mereka sukai. Namun, kehidupan mereka sering ditentukan oleh latar belakang mereka dan ketidakadilan yang berlaku secara sistemik. Kanak-kanak daripada komuniti berkeperluan tinggi tidak mendapat peluang pendidikan yang sama. Jurang ini telah diburukkan lagi oleh pandemik pada tahun 2020.

1 dalam 5 orang kanak-kanak tidak tamat sekolah menengah.

~50% daripada rakyat Malaysia berumur 15 tahun tidak boleh membaca. Malaysia berada di kedudukan 27% terbawah daripada semua negara untuk membaca.

Firma Malaysia mengatakan bahawa 82.5% bakat kurang kemahiran pengurusan dan kepimpinan. 

Malaysia mempunyai masalah ketinggalan pelajaran yang tertinggi dalam kalangan negara Asia yang membangun dan mengatasi kesemua negara ASEAN lain, kecuali Myanmar.

Maklumat Lanjut

By 2030, Teach For Malaysia will be a movement of 30,000 leaders working collectively to enable children from underserved communities in all parts of the country to realise their potential through quality education.  

Apakah itu Teach For Malaysia?

Impak Kami

Teach For Malaysia merupakan sebuah gerakan yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin yang memperkasa kanak-kanak melalui pendidikan berkualiti. Dalam usaha kami menghentikan ketidaksaksamaan pendidikan di Malaysia, kami memberikan tumpuan dalam menghasilkan impak yang lestari dan untuk jangka yang lama dalam tiga bidang utama.

Selepas tamat Tingkatan 6, En. Brian nampak potensi saya dalam Matematik, dan bekerja keras dengan saya untuk mendapat biasiswa dalam bidang Perakaunan dan Kewangan. Sekarang, saya telah tamat pembelajaran dan dalam proses untuk mendapat sijil ACCA. Terima kasih, En. Brian kerana telah membantu saya untuk lihat masa depan menjangkaui SPM, dan telah perkasakan saya dalam menyedari potensi diri.
Shawn, pelajar Brian Geh, Alumni 2012

Mentor-mentor saya, Cikgu Loh dan Sofea, adalah sistem sokongan saya sepanjang masa saya sebagai seorang pelajar, dan telah memberi motivasi untuk saya bercita-cita lebih tinggi. Dengan bantuan mereka, saya berjaya dipilih untuk Biasiswa Global Korea 2022. TFM telah membantu saya nampak perkara-perkara yang baik dalam diri saya, orang lain, dan guru-guru.
Hajar Fazillah, pelajar kepada Loh Chee Hoo, Alumni 2014

Dengan cara pemikiran kanak-kanak B40, agak susah untuk membawa perubahan. Dalam 25 orang kanak-kanak yang kami jumpa, mungkin hanya 5 yang boleh dibantu, atau mungkin hanya 1. Sekurang-kurangnya, kami dapat mengubah kehidupan seseorang, dan itu aspirasi saya.
Chiew Teng, 2017 Alumna
Pengasas of Impian Kencana

Saya ingin berjasa kepada komuniti saya dengan memanfaatkan pengetahuan, pengalaman dan pendedahan saya. Saya ingin memberikan inspirasi kepada murid-murid saya supaya mereka merasakan bahawa mereka boleh lakukan pelbagai perkara yang luar biasa, tidak mengira latar belakang mereka.
Faizah Rahmad, 2020 Alumna

At Edvolution Enterprise, we aim to improve our education system by building capacity in the state and district education department. As an organisation closest to schools, the districts play a crucial role not only in disseminating and executing policies on the ground but also to build a pipeline of leaders in schools. Here, Edvolution works with district officers to build Teacher Leaders; a strategy employed to train young promising teachers to assume leadership roles in schools and at the same time build capacity in district officers to be excellent leaders in their respective districts.
Melissa Tanya Gomes, 2013 Alumni
Co-Founder and CEO of Edvolution Enterprise

When Arus first started, we focused on developing our programmes for students. We were testing out so many new approaches, documenting new learnings about how to teach better and creating so much new content on multiple literacies and topics. Training other educators became an inevitable next step as we wanted to reach out to more students and ensure we could help and support as many teachers as possible along the way. To date, more than 70k teachers across Malaysia have participated in our in-person and virtual trainings.
Alina Amir, 2013 Alumna
Pengasas Bersama dan Pembangun Syarikat ARUS Academy

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Khidmat Kami

Kami ingin menjemput semua orang yang mempunyai minat yang mendalam terhadap pendidikan untuk menyertai komuniti kebangsaan kami yang terdiri daripada para pemimpin. 

Program TFM

Pemimpin muda yang memberi impak sebagai guru penuh masa di sekolah-sekolah yang berkeperluan tinggi di Malaysia.

Program Duta Guru (PDG)

Guru-guru dalam perkidmatan yang mengasah kemahiran mereka melalui program perkembangan profesional yang berkualiti tinggi.

Gerakan Komuniti

Untuk meluaskan gerakan kami dan memecut perkembangan kami terhadap visi kami, kami akan lancarkan Gerakan Komuniti untuk menghasilkan sebuah perubahan sistemik dan tingkatkan skala impak kami.

Jadi sebahagian daripada solusi

"Sekampung diperlukan untuk membesarkan seorang kanak-kanak", impak kami berjaya menjadi kenyataan dengan penyertaan rakan-rakan sepemikiran, penyokong, sukarelawan, penderma individu dan pengumpul dana sepanjang perjalanan kami. 

Sokong Aktiviti Harian Kami
Bantu kami terus mengubah pendidikan untuk mereka yang paling memerlukan

Derma sekarang

Jadi Rakan Rangkaian Kami
Bekerjasama dengan kami untuk menjadi sebahagian daripada gerakan pendidikan yang memberi impak kepada pelajar di Malaysia

Sertai pasukan kami

Sertai Gerakan Kami
Terokai cara-cara lain untuk bekerjasama dengan kami untuk bersama-sama memperjuangkan misi

Kerjaya dengan TFM

Terus berhubung

Teach For Malaysia komited kepada misi kami. Sertai rangkaian emel kami untuk mengetahui cara-cara untuk sertai kami.