Kumpul Dana Bersama Kami

Apakah Yang Anda Akan Lakukan untuk Mengumpul Dana untuk Pendidikan?

Pengumpul-pengumpul dana kami telah berjaya melakukan perkara-perkara yang sangat istimewa. Setiap hari mendatangkan peluang untuk buat sesuatu yang menyeronokkan, dan mempunyai tujuan yang baik. Apakah yang anda akan buat hari ini?

Mengumpul dana sebenarnya adalah mudah!

1 in 5 Malaysian di Malaysia tidak tamat sekolah menengah. Pilih untuk mengubah realiti ini.

Kongsikan niat anda kepada rakan-rakan dan ahli keluarga, derta di media sosial anda! Setelah anda siap membina kempen anda, kongsikan kepada semua orang. Lagi ramai yang menyumbang, lagi cepat target anda tercapai. Semuanya boleh dicapai jika kita lakukannya bersama-sama.

Kongsikan Impak! 100% daripada sumbangan anda akan digunakan untuk memperkasakan para pelajar dengan memberi peluang kepada mereka untuk menyedari potensi diri mereka melalui pendidikan berkualiti. Bagi setiap RM50 yang dikumpul, anda akan membantu seorang Felo memberi impak kepada 2 orang pelajar selama sebulan.

Soalan-Soalan lazim

Apakah platform yang saya boleh gunakan untuk kumpul dana untuk TFM?

Kami cadangkan untuk anda menggunakan Simply Giving - ia merupakan sebuah platform mengumpul dana yang mudah untuk disediakan dan dikongsi atas talian. Sebagai alternatif, anda juga boleh kumpul dana secara bebas dan pindahkan dana tersebut ke akaun bank TFM.

Apakah maklumat akaun bank TFM?

Penerima: TFM Foundation
Bank: CIMB Bank Berhad
Branch: KLCC Branch
Account: 88 0015211 3
Swift Code: CIBBMYKL

Adakah pengumpul-pengumpul dana layak untuk mendapat pengecualian cukai?

Ya! Seorang pengumpul dana boleh mendapat resit pengecualian cukai. Sila pastikan anda telah mengisi nama penuh anda seperti yang tertera di Kad Pengenalan apabila anda mengisi borang di atas. Untuk sumbangan RM5,000 dan ke atas, sila sertakan nombor Kad Pengenalan anda supaya kami dapat menghantar resit cukai melalui emel donation.support@teachformalaysia.org.

Bolehkah saya libatkan TFM untuk bantu saya mengumpul dana?

Kami bersedia untuk menyokong anda! Ini adalah antara cara-cara untuk kita lakukannya bersama-sama:

  • Bantu anda cipta akaun di platform atas talian untuk mengumpul dana
  • Sumbang-saran idea-idea menarik untuk kempen pengumpulan dana
  • Hantar seorang wakil daripada TFM ke acara anda
  • Pertanyaan umum

Sila emelkan permintaan anda ke donation.support@teachformalaysia.org dan akan dengan sukacitanya akan membantu anda.

Adakah anda masih mempunyai soalan? Rujuk kepada Buku Jenama kami untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di bawah.

Hubungi Kami

Anda boleh anjurkan sebuah permainan roda impian untuk pendidikan.
- Pelatih Pengurusan Digi

Anda boleh lari untuk pendidikan
- Pelajar Sunway

Anda boleh makan wasabi untuk pendidikan - Asian Banking School
– Asian Banking School

Anda boleh buat 'rap battle' untuk pendidikan
– Jude Heaton

Perlukan inspirasi?

Lihat apa yang orang lain telah lakukan untuk mengumpul dana bagi tujuan pendidikan. Lihat apa yang orang lain telah lakukan untuk mengumpul dana bagi tujuan pendidikan.

Hubungi Kami

Saya bersedia untuk mengumpul dana!

Sertai hari ini dan alami pergerakan bersama kami.

Mulakan Kempen

Syarikat-syarikat yang telah mengumpul dana untuk YTFM

Telah kumpul dana sebanyak RM66,667

Telah kumpul dana sebanyak RM13,500

Telah kumpul dana sebanyak RM25,000

Telah kumpul dana sebanyak RM25,000

Bahan-bahan Pengumpulan Dana

Laporan Impak

Ketahui Impak TFM untuk tahun yang lepas.

Lihat

Kit Alat Pengumpulan Dana

Muat turun kit alat pengumpulan dana kami untuk kempen anda.

Muat turun

Kit Jenama TFM

Ikuti Garis Panduan Jenama TFM semasa kempen pengumpulan dana anda.

Muat turun

Terus berhubung

Teach For Malaysia komited kepada misi kami. Sertai rangkaian emel kami untuk mengetahui cara-cara untuk sertai kami.