Permohonan Program TFM
Baca tentang program TFM
Kami ingin menjemput semua orang yang mempunyai minat yang mendalam terhadap pendidikan untuk menyertai komuniti kebangsaan kami yang terdiri daripada para pemimpin.
Proses Permohonan
Program TFM adalah sebuah program yang mencabar tetapi bermanfaat dan memberi kepuasan. Kami mencari individu-individu yang bercita-cita tinggi, mempunyai daya tahan yang tinggi, dan komited untuk menangani masalah ketidaksaksamaan pendidikan.
Permohonan Atas Talian
Kongsikan kepada kami latar belakang pendidikan dan pekerjaan anda untuk bantu kami mengenali anda. Huraikan pemahaman anda tentang Yayasan Teach For Malaysia dalam jawapan berbentuk karangan pendek.
Temuduga Atas Talian/Telefon
Anda akan ditemuduga selama 30 minit melalui panggilan telefon/secara atas talian dengan salah seorang daripada Panel Pemilih kami.
Sesi Penilaian
Anda akan dijemput untuk menghadiri sebuah sesi penilaian yang memakan masa selama satu hari, di mana anda akan menyertai tiga sesi berbeza: demonstrasi pengajaran (mock-teaching), aktiviti main-peranan (role playing), dan temuduga terakhir.
Kontrak Perkhidmatan
Calon-calon aliran Kontrak Perkhidmatan atau COS perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), termasuk tetapi tidak terhad kepada Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), dan temuduga bersama pihak KPM. (Nota: Permohonan bagi aliran ini ditutup bagi tahun 2022, tetapi akan dibuka pada masa akan datang)
Rakan Guru
Calon-calon aliran Rakan Guru akan diserap sebagai kakitangan TFM secara langsung dan akan dipadankan dengan sebuah sekolah rakan rangkaian TFM. We are accepting applications for this pathway in 2023.
Tawaran Bersyarat
Selepas anda lulus semua peringkat penilaian yang disebut, anda akan menerima sebuah tawaran bersyarat/sementara untuk lantikan anda sebagai Felo dalam Program TFM. Tawaran ini tertakluk kepada kelengkapan semua keperluan dalam kontrak Aliran Kontrak Perkhidmatan (COS) atau Aliran Rakan Guru.
Program Pra-Perkhidmatan
Anda akan menyertai latihan sepenuh-masa yang akan menyediakan anda untuk mengikuti Program TFM sebagai seorang Felo.
Tip-tip untuk memohon
Buat kerja rumah
Kami mencari calon-calon yang selaras dengan Misi dan Visi kami. Kukuhkan pemahaman anda tentang Program TFM dengan membaca tentang program tersebut di laman web, blog, dan posting kami di media sosial.
Gunakan contoh-contoh yang terbaik
Anda akan diminta untuk menghuraikan contoh-contoh pengalaman yang lalu supaya kami boleh mengenali anda dengan lebih rapat. Kami cadangkan supaya anda mengambil masa untuk pilih contoh yang digunakan. Kami lebih berminat dengan kemahiran dan tingkahlaku anda daripada peluang-peluang yang anda dapat. Anda boleh merujuk kepada pengalaman profesional, sukarelawan, peribadi atau akademik.
Beri jawapan berstruktur
Kami cadangkan anda guna kaedah STAR - Situation (Keadaan), Task (Tugas), Action (Tindakan), dan Results (Hasil). Ini akan memastikan anda menjawab secara menyeluruh kepada soalan-soalan kami supaya Panel Pemilih boleh menilai jawapan anda dengan lebih baik.
Sentiasa semak semula
Sebelum menghantar permohonan anda, ambil sedikit masa untuk menyemak semula jawapan anda. Elak daripada menggunakan bahasa yang kurang profesional dan kesalahan tatabahasa, dan yang paling penting, pastikan jawapan anda relevan kepada soalan.