Skip to main content

Slide Pengenalan Kisah-kisah Pengajaran BM | ENG

Slide Menempuh Perjalanan
Akan Datang

Slide Soon Seng as a Fellow back in 2012 TFM Week with Ben Uzair (KK12fm radio host) in Semporna Surat daripada Ketua Pegawai Eksekutif kami, Chan Soon Seng, yang menyertai Kohort pertama Yayasan Teach For Malaysia pada tahun 2012. Students at Pulau Ketam Pada 4 Januari 2012, saya telah melangkahkan kaki buat pertama kalinya ke sekolah sebagai salah seorang daripada 50 orang Felo TFM Kohort pertama. Saya mulakan langkah dengan berbekalkan harapan dan keyakinan mendalam bahawa semua anak didik saya dapat merealisasikan impian mereka saya dalam tempoh 2 tahun akan datang. Keyakinan itu mulai pudar pada bulan pertama saya mengajar, apabila saya menyedari betapa ramainya murid Tingkatan 4 dalam lingkungan umur 16 hingga 17 tahun masih buta huruf. Saya tidak dapat memahami bagaimana mereka menempuhi alam persekolahan selama 10 tahun tanpa menerima sokongan untuk menguasai kemahiran asas literasi. Saya hampir berputus asa pada ketika itu kerana seolah-olah mustahil bagi saya untuk membantu mereka mengembangkan kemahiran yang diperlukan untuk mendapatkan akses peluang yang lebih luas dalam tempoh saya bersama mereka. Namun, berdasarkan pengalaman saya, apabila kita berasa seperti tidak punya apa-apa harapan lagi, pasti wujud satu detik yang cukup untuk membuatkan kita bangkit semula. Antara kalangan 330,000 orang murid yang memperoleh manfaat impak dari Yayasan Teach For Malaysia, yang menjadi kebanggaan terbesar bagi saya - apabila setelah lebih 10 tahun - saya masih boleh berhubung dengan beberapa orang murid saya yang masih mampu berjaya membentuk kehidupan yang lebih bermakna untuk diri mereka, meskipun menghadapi cabaran yang besar. Surat ini mengandungi beberapa pengajaran utama yang telah kami pelajari sepanjang perjalanan ini tentang kemungkinan, ketabahan dan masyarakat. Pengajaran-pengajaran tersebut telah membentuk pemikiran kita tentang impak yang diharap dapat dilaksanakan untuk melihat perubahan yang ketara dalam hidup.

Slide Kemungkinan Sejak penubuhan YTFM, kami telah berpegang teguh kepada visi kami yang membayangkan agar semua kanak-kanak di Malaysia berpeluang untuk merealisasikan potensi mereka melalui pendidikan berkualiti. Oleh itu, kami komited dan yakin untuk berkhidmat kepada komuniti dan percaya bahawa kehadiran kami amat diperlukan. Dari Semporna ke Sungai Petani, Pulau Ketam ke Pasir Gudang, Miri, Ampang atau Gerik - kami percaya walau apa pun latar belakang seorang kanak-kanak, ia tidak seharusnya mengehadkan mereka daripada memperoleh pendidikan yang membolehkan mereka menjalani kehidupan yang benar-benar mereka impikan. Dalam laporan ini, anda akan membaca kisah beberapa murid kami - Hajar, Shawn, Lisa dan Jia Huey. Murid-murid ini sentiasa memberi inspirasi buat kami, serta terus mempamerkan perkara yang boleh dilakukan apabila mereka mempunyai akses kepada peluang dan disokong oleh seorang guru yang yakin akan kebolehan mereka.

Pembelajaran pertama kami adalah untuk sentiasa memastikan bahawa kerja kami adalah #ForTheKids (untuk murid). Apabila kepercayaan tersebut kekal sebagai pedoman yang memandu haluan kami, ia akan terus mendorong kami untuk menemukan perkara yang boleh dicapai untuk murid, walaupun situasi yang dihadapi tidak membenarkannya.

Oleh itu, kami akan terus berusaha tanpa menghirau penat lelah, demi merealisasikan impian murid-murid kami. Merealisasikan visi kami dalam kehidupan ini bukanlah sesuatu yang mudah, malah tidak boleh diramal atau dijangka. Namun begitu, sebagai rakyat Malaysia, semangat Merdeka menjadi pendorong untuk membentuk masa depan yang ingin dicapai. Oleh itu, kami perlu mengambil langkah berani secara konsisten dan kolektif untuk bersama-sama mencipta masa hadapan yang diimpikan untuk murid-murid.

Slide Ketabahan Dialogue session with the Minister of Education during the 2012 Cohort's Institute The screening of Adiwiraku with Ministry of Education (MOE) in 2018 With our Board of Trustees and some of our partners at the 2022 TFM Community Event Ramai antara kami yang hampir berputus asa dengan cabaran-cabaran yang dihadapi sejak kebelakangan ini. Pandemik yang melanda tidak mengenal sesiapa dan ia telah membantutkan pencapaian pendidikan untuk kebanyakan orang. Kami turut menyaksikan ketidakstabilan ekonomi dan politik di seluruh dunia. Kewujudan cabaran-cabaran ini mampu melunturkan semangat dan mematahkan harapan seseorang dengan mudah. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh cabaran-cabaran ini jugalah kami mengambil keputusan untuk melabur dengan lebih banyak lagi bagi menyokong transformasi pendidikan.

Pembelajaran ini telah mengajar kami untuk terus tabah kerana usaha-usaha murni ini seharusnya diperjuangkan. Pendidikan berkualiti untuk semua, bukan sahaja mampu mengubah kehidupan murid, tetapi mempunyai kuasa untuk mengubah kualiti hidup keluarga mereka. Di akhirnya hasil ekonomi dan kemasyarakatan negara serta dunia kita dapat dibaik pulih. Kami sedar bahawa kami hanya boleh benar-benar melihat hasil yang lebih baik sekiranya kami secara kolektif menyahut peluang dalam menjana transformasi jangka panjang.
Di ketika kami memikirkan tentang kemungkinan, kami juga sedar bahawa impak 10 tahun yang diraikan dalam laporan ini juga merupakan sedekad yang penuh suka duka. Laporan ini menjadikan saksi kehadiran kami di tempat dan komuniti yang sangat memerlukan. Dari murid yang tidak boleh membaca atau menulis disebabkan oleh ibu bapa mereka yang buta huruf, murid yang tidak pernah ke tadika; murid yang tidak dapat membuat kerja rumah kerana perlu bekerja di waktu malam untuk menyara keluarga; ibu bapa yang menelefon kami pada waktu malam kerana anak mereka telah lari dari rumah mahupun murid yang menolak peluang biasiswa untuk belajar di luar negara kerana dia yakin bahawa kanak-kanak perempuan tidak sepatutnya mengikuti haluan sedemikian - usaha sebegini tidak selalunya mudah.

Sebagai sebuah organisasi, kami terus-menerus mencabar status quo secara berterusan.

  • Mengapa seorang pengurus dari sebuah syarikat multinasional atau seorang graduan universiti generasi pertama, melepaskan peluang ekonomi yang lebih besar sebaliknya memilih untuk menjadi seorang guru?

  • Mengapa Kementerian Pendidikan memberikan kepercayaan penuh kepada organisasi yang dikendalikan oleh golongan muda untuk mencipta impak?

  • Mengapa syarikat-syarikat dan orang ramai membuat sumbangan kepada pertubuhan pendidikan bukan berasaskan keuntungan ini?

10 tahun kemudian, lebih 1,000 orang Felo TFM dan guru PDG telah memilih untuk menyahut cabaran dalam peranan masing-masing bagi mengubah landskap pendidikan Malaysia. Kami terus bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dalam lebih banyak cara berbanding sebelum ini. Kami menerima sokongan padu dan berterusan daripada syarikat-syarikat dan penderma individu, ditambah dengan beberapa perkongsian lain selama sedekad. Di antara pelbagai bentuk pengiktirafan yang diterima, kami telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Merdeka 2022 atas pencapaian membanggakan bagi kategori Pendidikan dan Komuniti.

Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang telah bersama kami menempuh perjalanan ini. Terlalu banyak cabaran yang dihadapi, sehingga haluan di hadapan kelihatan samar. Namun begitu, disebabkan oleh komitmen dan sokongan kolektif yang telah anda semua tunjukkan, kami telah berupaya mengharungi cabaran paling sukar dalam bilik darjah serta organisasi.

Slide Gerakan TFM
Sebelum menyertai Program Felo TFM, Felo-felo kami: Our PDG Participants Our Staff Salah satu pengalaman Pusat Penilaian yang paling jelas dalam ingatan saya adalah semasa peringkat terakhir proses pemilihan untuk menjadi Felo TFM - iaitu saya begitu kagum dengan calon-calon lain. Mereka begitu bersemangat, berdedikasi dan bertimbang rasa, dan mempunyai perasaan yang kuat dengan visi dan nilai yang sama. Peluang untuk bekerjasama dengan individu-individu ini merupakan salah satu faktor utama yang membantu saya dalam membuat keputusan untuk berhenti kerja dari dunia korporat dan menyertai TFM.

Tokoh kepimpinan, John C. Maxwell berkata, “Kepimpinan adalah pengaruh, tidak lebih, tidak kurang.” Dalam nada yang sama, “Teach For Malaysia ialah kelompok individunya tersendiri, tidak lebih, tidak kurang.” Apa yang kami capai selama ini adalah disebabkan oleh kepimpinan semua pihak dan cara kami berusaha ke arah visi kami sebagai sebuah gerakan yang mengambil berat antara satu sama lain. TFM bukanlah satu gerakan yang hanya memfokuskan pada kepimpinan segelintir personaliti berbakat dan berkarisma, malah ia sentiasa mendorong kepimpinan di seluruh aspek.

Seperti kata pepatah - “Kita memerlukan seluruh kampung untuk membesarkan seorang anak”, dan, “kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar”, adalah sesuatu yang dekat di hati kami. Komuniti sentiasa menjadi nadi operasi kami. Kami menyedari bahawa untuk meneruskan perjuangan, kami perlu menjadi sebahagian daripada komuniti yang benar-benar mengambil berat antara satu sama lain. Kami memerlukan komuniti dengan ruang yang selamat untuk menyokong kami tatkala kami berasa lemah, mencabar pemikiran kami untuk berinovasi dan bekerjasama untuk menjadikan visi satu realiti.
Kami menyedari bahawa untuk benar-benar melihat kemajuan ketara ke arah visi kami dalam hayat kami, “kumpulan kecil” tersebut hendaklah menjadi satu kumpulan yang lebih besar. Dalam tempoh 10 tahun yang lalu, gerakan kami telah berkembang untuk bekerjasama dengan para guru sedia ada dalam sistem dan berkembang sebanyak 20 kali ganda. Namun begitu, 1,000 orang pemimpin masih belum mencukupi untuk menghasilkan transformasi. Semasa kami memandang ke hadapan, kami sedar bahawa kami perlu menjadi lebih pelbagai dan membuka kunci kepimpinan kepada lebih ramai lagi individu.


Jadi, cuba bayangkan kuasa sekumpulan individu yang sangat besar, iaitu mereka yang:

  1. bertunjangkan kemungkinan pendidikan berkualiti untuk semua kanak-kanak

  2. mampu menumpukan perhatian pada perjuangan yang panjang dan

  3. memimpin melalui masa yang paling mencabar, dan mampu beroperasi sebagai komuniti pemimpin yang pelbagai dan inklusif yang benar-benar mengambil berat antara satu sama lain.
Bayangkan betapa banyak lagi perubahan yang boleh kami saksikan. Kami hanya mungkin dapat melihat visi “Suatu Hari” berlaku dalam hidup kami.


Yayasan Teach For Malaysia merupakan rakan rangkaian Kementerian Pendidikan Malaysia dan rangkaian global Teach For All. Yayasan TFM (919785 P) adalah sebuah badan kebajikan yang didaftarkan di bawah Kementerian Kewangan yang mempunyai status organisasi yang terkecuali daripada cukai.

Tentang Kami

  • Matlamat Kewujudan Kami
  • Gerakan TFM
  • Pelan Aspirasi 2030
  • Hubungi Kami

Program TFM

  • Program TFM
  • Aliran Program TFM
  • Cara memohon
  • Perjalanan Program TFM
  • Soalan-soalan Lazim Program TFM

Kerja Kami

  • Program Duta Guru
  • Program Tutor TFM
  • Sumber Pembelajaran Jarak Jauh

Hak cipta Yayasan Teach For Malaysia 2022. Semua hak cipta terpelihara.
Terms of Use | Privacy Policy | Anti - Harassment Policy | Child Protection Policy

  • twitter
  • facebook
  • linkedin
  • youtube
  • instagram
  • tiktok
Close Menu
  • Tentang Kami
    • blank
      • Gerakan TFM
      • Hubungi Kami
    • blank
      • Matlamat Kewujudan Kami
    • blank
      • Pelan Aspirasi 2030
  • Aktiviti Kami
    • blank
      • Program TFM
      • Program Duta Guru
    • blank
      • Program-program lain
        • Program Tutor TFM
      • Pemulihan Pendidikan
        • Gerakan Komuniti
    • blank
      • Sumber-sumber tambahan
        • Kepimpinan Pelajar
        • Sumber Pembelajaran Jarak Jauh
  • Impak & Berita
    • Impak Kami
    • Kisah-kisah
    • Media
  • Sertai Kami
    • Kerjaya di YTFM
    • Kumpul Dana Bersama Kami
    • Jadi Rakan Rangkaian Kami
    • Pelatih Industri TFM & Pemimpin Kampus TFM
  • Mohon
    • blank
      • Mohon Program TFM
    • blank
      • Pemimpin Kampus TFM
      • Program Tutor TFM
  • Derma
  • ms_MY MY
    ms_MY MY en_US ENG