Gerakan Komuniti

Untuk meluaskan gerakan kami dan memecut perkembangan kami terhadap visi kami, kami akan lancarkan Gerakan Komuniti untuk menghasilkan sebuah perubahan sistemik dan tingkatkan skala impak kami.

What is the Community Mobilisation?

Community Mobilisation is one of Teach For Malaysia’s departments to facilitates mobilising leaders to drive systemic change by recruiting, training and deploying leaders across all layers of the ecosystem. and far-reaching. Thus, every part of ocal communities in every part of Malaysia are empowering all children to realise their potential through quality education.

Teori Perubahan Kami

Gangguan yang besar dalam pembelajaran telah dikenalpasti sebagai salah satu kesan buruk penutupan sekolah akibat pandemik COVID-19.

Tutor Sukarelawan akan direkrut dan dilatih untuk memberi sokongan pemulihan kepada murid-murid.

Sekolah-sekolah berkeperluan tinggi akan diberi peluang untuk mengejar kembali pembelajaran yang ketinggalan dan mengurangkan kesan negatif terhadap pendidikan yang berpunca daripada pandemik.

Masalah ketinggalan dalam pembelajaran dan masalah ketidaksaksamaan perlu diberi perhatian, ditangani, dan diselesaikan untuk mencapai pemulihan pendidikan.

Melalui Program Tutor TFM ini, saya dapat memahami pelajaran dengan lebih cepat kerana tutor yang mengajar saya membuatkan proses pembelajaran menjadi sangat seronok dan lebih mudah untuk difahami. Saya juga mendapat respon dengan cepat daripada tutor saya kerana sesi tutor membolehkan saya untuk tanya soalan-soalan secara terperinci.

Muhammad DanishMurid Program Tutor TFM 2021

Kenapa sertai Program Tutor TFM?

Jadi sebahagian daripada pemacu pemulihan pendidikan
Untuk mendapat pengalaman secara langsung dalam menangani dan menyelesaikan masalah ketinggalan dalam pembelajaran dan masalah ketidaksaksamaan pendidikan dengan memberi perhatian kepada masalah-masalah yang wujud dalam pembelajaran jarah jauh akibat pandemik.

Jadi seorang pembawa perubahan untuk memperkasakan pemimpin pada masa hadapanUntuk memperkasakan dan menyokong murid-murid daripada sekolah berkeperluan tinggi untuk merapatkan jurang pendidikan dan seterusnya memulihkan motivasi murid untuk belajar dan berjaya.

Berwawasan tentang impak yang anda berikanUntuk melihat perkembangan murid-murid dan perubahan, semangat, dan empati yang anda pupuk dalam perjuangan membangunkan negara.

Faedah & Tanggungjawab

Kembangkan rangkaian peribadi dan profesional anda
Berkhidmat bersama kami atau sertai sebagai sukarelawan di samping ejen-ejen perubahan yang mempunyai pemikiran yang selari dengan anda dan sama-sama bersemangat dalam mencipta impak positif dalam sektor pendidikan.

Pecutkan perkembangan diri dan kerjaya andaKembangkan dan perolehi kemahiran-kemahiran kukuh yang boleh diguna pakai dalam pelbagai keadaan untuk mempertingkatkan perkembangan diri dan kerjaya anda.

Peluang untuk mengatur sesi-sesi tutor yang fleksibel Komitmen minimum sebanyak 4 jam seminggu untuk mencipta impak di mana sesi tutor boleh diatur berdasarkan jadual anda dan murid.

Proses Permohonan

Perjalanan anda melalui proses permohonan akan mengambil masa lebih kurang 1 minggu selepas permohonan dibuat. Lihat pek maklumat terperinci kami untuk mengetahui lebih lanjut.

Permohonan Atas Talian

Bantu kami mengenali anda dengan lebih baik dan huraikan pemahaman anda tentang Yayasan Teach For Malaysia dan Program Tutor TFM dalam karangan pendek anda.

Perbualan Pengenalan

Kongsikan pengalaman dan soalan-soalan anda dalam perbualan selama 30 minit bersama Yayasan Teach For Malaysia.

Proses suai tugas (onboarding) dan latihan

Hadiri sesi suai tugas (onboarding) yang akan melatih anda dan memberi gambaran tentang kemahiran kurikulum dan pedagogi yang terkini.

Saya sedar bahawa murid-murid menjadi lebih berkeyakinan apabila mereka mempunyai pengalaman pembelajaran secara satu-lawan-satu atau dalam kumpulan kecil. Sesi tutor membolehkan murid-murid untuk ekspresikan diri mereka, sekaligus membolehkan mereka untuk belajar dengan kapasiti penuh dan gunakan potensi mereka sepenuhnya tanpa merasakan bahawa mereka adalah dalam pertandingan.

Rabiatul Kamsina Binti Md YusofTutor Berasaskan Sekolah, SMK Pendaraman Jaya