Strategi 2030

Menjelang 2030, TFM adalah sebuah gerakan dengan jumlah 30,000 orang pemimpin yang bekerja secara kolektif bagi membolehkan kanak-kanak dari komuniti kurang bernasib baik di setiap pelosok negara merealisasikan potensi mereka melalui pendidikan berkualiti.

Memperkembang

new leaders in the dalam sistem pendidikan

Menarik minat dan memperkembang bakal pemimpin negara berpotensi tinggi yang akan memberikan pendidikan berkualiti kepada pelajar-pelajar dalam komuniti berkeperluan tinggi.

Memecut

existing leaders di dalam bidang pendidikan

Memecut perkembangan pemimpin generasi masa hadapan dalam kalangan Kementerian Pendidikan melalui program perkembangan kepimpinan.

Memobilisasi

Mengerakkan to drive sebuah gerakan untuk mencipta sebuah perubahan sistemik

Meningkatkan saiz gerakan pemimpin dan membentuk sebuah gerakan pemimpin yang mempunyai pelbagai latar belakang dan terdiri daripada pelbagai lapisan dalam ekosistem pendidikan untuk menghasilkan impak yang berskala besar secara kolektif.

30000

Orang Pemimpin Menjelang 2030

4 Matlamat Strategik untuk mencapai aspirasi 2030 kami

Pelajar

Untuk memastikan Visi Murid kami menjadi kenyataan bagi semua kanak-kanak di Malaysia

  • Murid-murid kami dapat mencapai perkembangan akademik yang membolehkan mereka meneruskan perjalanan yang dimahukan.
  • Murid-murid kami berkembang dari segi keupayaan kepimpinan yang diperlukan untuk memimpin penyelesaian kepada isu-isu yang ada dalam komuniti mereka.
  • Murid-murid kami mendapat akses kepada peluang-peluang yang mendorong mereka untuk menerokai dunia dan minat mereka.

Sistem

Untuk memastikan Visi Murid kami menjadi kenyataan bagi semua kanak-kanak di Malaysia

  • TFM dikenali dalam kalangan pihak-pihak pemegang taruh kami, dan impak kami mendorong mereka untuk bertindak demi perubahan.
  • Kami adalah salah satu daripada suara-suara yang lantang dalam perbincangan pendidikan kebangsaan melalui penyelidikan berkualiti dan advokasi.
  • Kami dikenali sebagai rakan rangkaian yang dipercayai oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan pemain-pemain lain di dalam ekosistem pendidikan.

Skala

Untuk menjadikan Visi Murid kami kenyataan bagi kanak-kanak di Malaysia

  • Kami merekrut dan memilih sekumpulan pemimpin cemerlang yang lebih besar untuk memberi impak kepada komuniti berpendapatan rendah
  • Kami akan mengukuhkan cara kami membangunkan pemimpin-pemimpin kami untuk menyediakan pendidikan yang berkualiti dan saksama menggunakan rangka kerja kepimpinan kami yang sentiasa dikemaskini
  • Kami sentiasa menggerakkan dan memastikan kepelbagaian dalam gerakan pemimpin kami untuk menangani masalah-masalah ketidaksaksamaan pendidikan dalam jangka masa yang panjang.

Kelestarian

Kami lestari dari segi kewangan dan mempunyai mekanisma pendanaan yang pelbagai.

  • Kami adalah tempat kerja terbaik bagi pekerja-pekerja kami.
  • Kami lestari dari segi kewangan dan pelbagai mekanisma pendanaan juga turut diperelohi.
  • Kami berpegang teguh kepada kecemerlangan pentadbiran dan operasi dan merujuk kepada nilai-nilai ESG kami (Environment (Persekitaran), Social (Sosial), Governance (Pentadbiran).

Ketidaksaksamaan pendidikan memberi kesan kepada kita semua, serta melemahkan ekonomi dan kesejahteraan sosial secara menyeluruh. Jika ada yang gagal dalam pendidikan, kita semua gagal.

Jadi sebahagian daripada solusi

"Sekampung diperlukan untuk membesarkan seorang kanak-kanak", impak kami berjaya menjadi kenyataan dengan penyertaan rakan-rakan sepemikiran, penyokong, sukarelawan, penderma individu dan pengumpul dana sepanjang perjalanan kami. 

Sokong Aktiviti Harian Kami

Bantu kami terus mengubah pendidikan untuk mereka yang paling memerlukan

Derma sekarang
Jadi Rakan Rangkaian Kami

Bekerjasama dengan kami untuk menjadi sebahagian daripada gerakan pendidikan yang memberi impak kepada pelajar di Malaysia

Sertai pasukan kami
Sertai Gerakan Kami

Terokai cara-cara lain untuk bekerjasama dengan kami untuk bersama-sama memperjuangkan misi

Kerjaya dengan TFM