Skip to main content
search

Nama saya Nur Ayneen. Saya berumur 13 tahun. Saya seorang pelajar Tingkatan 1 yang berasal dari Semporna, Sabah.

Dahulu, saya merupakan seorang pelajar yang pemalu, tidak berkeyakinan dan tidak dapat bertutur Bahasa Inggeris dengan baik. Tetapi segalanya berubah sejak adanya guru dari Teach For Malaysia (TFM) iaitu Cikgu Jessica (2018 Fellow).

Cikgu Jessica telah membimbing saya untuk bertutur Bahasa Inggeris dengan lebih baik. Kini, saya boleh bertutur Bahasa Inggeris sedikit demi sedikit. Cikgu Jessica dan guru-guru TFM yang lain juga telah memberikan saya satu pengalaman yang sangat mencabar dan membuat diri saya berkeyakinan tinggi, iaitu menjadi pengacara semasa majlis lawatan YB Dr Maszlee Bin Malik, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sabah ke sekolah saya pada bulan Mac yang lalu.

Saya juga mengikuti aktiviti “Public Speaking” dan “Choral Speaking” di bawah bimbingan guru-guru TFM. Kedua-dua aktiviti ini pada mulanya amat mencabar bagi saya kerana saya seorang yang pemalu. Tetapi, guru-guru TFM telah memberikan kata-kata semangat kepada saya yang telah membuatkan saya berani menempuh cabaran.

Saya amat berterima kasih kepada semua guru TFM atas usaha yang telah mereka lakukan untuk saya selama saya mengikuti aktitviti ini. Pengalaman yang saya dapat telah membuatkan saya lebih berani dan yakin untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. Saya amatlah menghargai jasa baik semua guru TFM yang bukan sahaja membantu saya seorang tetapi juga warga sekolah yang lain.

Written by:

Nur Ayneen

Close Menu