Siapa yang kami cari?
Program TFM adalah sebuah program yang mencabar tetapi bermanfaat dan memberi kepuasan. Kami mencari individu-individu yang bercita-cita tinggi, mempunyai daya tahan yang tinggi, dan komited untuk menangani masalah ketidaksaksamaan pendidikan.
Program Teach For Malaysia
Felo Rakan Guru diambil bekerja oleh Teach For Malaysia untuk tempoh dua (2) tahun, dan ditempatkan di sekolah berkeperluan tinggi di seluruh Malaysia. Felo yang menggalas tanggungjawab ini berpeluang untuk bekerjasama dengan guru sedia ada atau lebih dikenali sebagai Guru Hos) untuk meningkatkan persekitaran & hasil bilik darjah untuk pelajar yang mempunyai latar belakang dan keupayaan pembelajaran yang berbeza-beza.
Sepanjang 2 tahun, Felo akan menghabiskan 50% masa mereka tertumpu pada pengajaran bilik darjah, 30% pada projek penglibatan komuniti, dan 20% pada pembangunan peribadi & profesional dengan Teach For Malaysia.
Syarat-syarat kelayakan
Untuk layak menyertai program ini, anda perlu memenuhi syarat-syarat tersebut:
- Be a Malaysian citizen below 40 years of age
- Memegang Ijazah Sarjana Muda bertauliah dalam apa-apa bidang
- Have strong verbal and written English and Bahasa Malaysia communication skills
- Merupakan graduan daripada universiti tempatan atau luar negara
- Mempunyai rekod akademik yang kukuh
Aliran Kontrak Perkhidmatan (COS)
Tentang COS
Note: Application to this pathway is closed.
- Melibatkan diri dalam peranan mengajar dengan Kementerian Pendidikan (KPM) dan kontrak melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)
- Anda akan ditempatkan di sekolah/wilayah yang tertakluk kepada kekosongan jawatan KPM
- Anda akan berusaha ke arah Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) untuk menjadi guru yang berkelayakan sepenuhnya setelah menamatkan Program TFM
- Pada akhir 2 tahun, anda akan berpeluang memohon untuk terus kekal dalam sistem pendidikan sebagai Alumni Perguruan
Syarat-syarat kelayakan
Untuk layak menyertai program ini, anda perlu memenuhi syarat-syarat tersebut:
- Merupakan rakyat Malaysia, berumur 32 tahun atau lebih muda pada permulaan Program TFM
- Memegang Ijazah Sarjana Muda bertauliah dalam apa-apa bidang
- Mempunyai penguasaan untuk berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang kuat, secara verbal dan bertulis
- Memiliki kredit minimum (C) untuk Bahasa Melayu dalam SPM
- Merupakan graduan dari universiti awam tempatan atau luar negara yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pendidikan (KPM)
- Mempunyai rekod akademik yang kukuh
Aliran Rakan Guru
Tentang Aliran Rakan Guru
Note: Applications are open sini.
- Collaborate with teachers to enhance classroom environment for students with varying learning capabilities.
- Anda akan ditempatkan di kawasan-kawasan yang dicadangkan oleh Yayasan Teach For Malaysia.
- Pada pengkahiran 2 tahun tersebut, anda akan meninggalkan kesan dan impak kepada pendidikan melalui Rangkaian Alumni TFM.
Syarat-syarat kelayakan
Untuk layak menyertai program ini, anda perlu memenuhi syarat-syarat tersebut:
- Merupakan rakyat Malaysia
- Memegang Ijazah Sarjana Muda bertauliah dalam apa-apa bidang
- Mempunyai penguasaan untuk berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang kuat, secara verbal dan bertulis
- Merupakan graduan daripada universiti tempatan atau luar negara
- Mempunyai rekod akademik yang kukuh
Nilai-nilai Kepimpinan
Felo Teach For Malaysia datang daripada latar belakang yang berbeza, tetapi bersatu di bawah kepercayaan yang kukuh kepada arah tuju misi organisasi. Nilai-nilai kepimpinan di bawah akan memberi anda gambaran tentang ciri-ciri calon yang dicari dan tumpuan kami sepanjang perkembangan anda dalam masa 2 tahun tersebut.
Motivasi & Dorongan
Keupayaan Menghadapi Perubahan
Keupayaan Menghadapi Orang Lain
Keupayaan Intelek dan Pembelajaran
Hormat dan Merendah Diri
Daya Kemungkinan yang Tinggi
Komunikasi
Kesesuaian dengan Misi
Baca tentang program TFM
Kami ingin menjemput semua orang yang mempunyai minat yang mendalam terhadap pendidikan untuk menyertai komuniti kebangsaan kami yang terdiri daripada para pemimpin.
Perjalanan Program TFM
Ketahui lebih lanjut tentang rangka kerja perkembangan pemimpin Program TFM, skop tugas dan tanggungjawab guru sepenuh masa, dan gambaran rangkaian Alumni kami
Soalan-soalan Lazim Program TFM
Dapatkan jawapan bagi soalan-soalan yang sering ditanya tentang Program TFM