Semuanya bermula dengan sebuah visi…
"Satu hari, semua kanak-kanak di Malaysia akan mendapat peluang untuk mencapai potensi melalui pendidikan berkualiti"
Tidak semua murid mempunyai peluang ini kerana latar belakang sosio-ekonomi mereka tidak mengizinkan.
Pandemik pada tahun 2020 telah terus memburukkan lagi jurang ketidaksaksamaan.
Ketidaksaksamaan pendidikan memberi kesan kepada kita semua, serta melemahkan ekonomi dan kesejahteraan sosial secara menyeluruh. Jika ada yang gagal dalam pendidikan, kita semua gagal.
Kami percaya bahawa pendidikan berkualiti adalah alat yang paling penting bagi kanak-kanak untuk mencapai potensi mereka.
Jadi sebahagian daripada solusi
"Sekampung diperlukan untuk membesarkan seorang kanak-kanak", impak kami berjaya menjadi kenyataan dengan penyertaan rakan-rakan sepemikiran, penyokong, sukarelawan, penderma individu dan pengumpul dana sepanjang perjalanan kami.
Sokong Aktiviti Harian Kami
Bantu kami terus mengubah pendidikan untuk mereka yang paling memerlukan
Jadi Rakan Rangkaian Kami
Bekerjasama dengan kami untuk menjadi sebahagian daripada gerakan pendidikan yang memberi impak kepada pelajar di Malaysia
Sertai Gerakan Kami
Terokai cara-cara lain untuk bekerjasama dengan kami untuk bersama-sama memperjuangkan misi