Tutoring Programme FAQ

Soalan-soalan lazim tentang Program Tutor TFM

Tentang Program Tutor TFM

Apakah Program Tutor TFM?

Program Tutor TFM merupakan sebuah program baharu yang telah ditubuhkan bagi menghapuskan masalah keciciran pembelajaran dan ketidaksamaan pendidikan akibat penutupan sekolah yang berlanjutan sepanjang tempoh pandemik. Kajian-kajian telah membuktikan bahawa ramai pelajar daripada komuniti berkeperluan tinggi akan terus tercicir walaupun sekolah telah dibuka semula. Oleh itu, YTFM telah menubuhkan program ini sebagai usaha pemulihan strategi pendidikan.

Siapakah dan apakah yang akan saya ajar sebagai seorang tutor?

Anda akan menjadi tutor kepada murid-murid Tingkatan 1, 2 dan 3. Kami tertumpu kepada murid-murid yang sedang berada di dalam fasa peralihan daripada sekolah rendah kepada sekolah menengah (menengah rendah) bagi membolehkan mereka untuk membina asas yang kuat dalam kurikulum menengah rendah. Matlamat Program Tutor TFM adalah untuk membantu murid-murid dalam fasa peralihan ini dan untuk merapatkan jurang pendidikan. Anda akan mengajar murid-murid mata pelajaran yang diperlukan. (Kami menggalakkan individu-individu yang boleh mengajar Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah dan Sains untuk membuat permohonan sebagai Tutor Sukarelawan TFM.

Bolehkah sayamemilih mata pelajaran yang saya akan ajar semasa sesi tutor bermula?

Anda boleh nyatakan mata pelajaran-mata pelajaran pilihan anda di dalam borang permohonan dan kami akan cuba untuk padankan mata pelajaran tersebut kepada anda. Kami akan dahulukan permohonan daripada calon-calon Tutor Sukarelawan yang mampu mengajar pelbagai mata pelajaran.

Bagaimanakan sesi tutor akan dijalankan?

Sesi tutor akan dijalankan secara individu atau di dalam kumpulan kecil. Ini boleh dijalankan sama ada di sekolah atau secara atas talian mengikut kesesuaian pelajar dan tutor.

Adakah saya akan dibayar?

Tutor Sukarelawan merupakan peranan berbentuk sukarela. Oleh itu, tiada pembayaran akan diberikan kepada Tutor Sukarelawan TFM.

Adakah saya perlu berpindah ke lokasi sekolah murid-murid saya?

Seorang Tutor Sukarelawan boleh menjalankan sesi tutor mereka secara atas talian. Namun begitu, kesediaan untuk menjalankan sesi tutor secara fizikal apabila SOP membenarkan pihak luaran masuk ke sekolah akan dinilai sebagai sebuah kelebihan.

Di manakah saya akan menjalankan sesi tutor?

Seorang Tutor SukarelawanTFM boleh menjalankan sesi tutor mereka secara atas talian. Namun begitu, kesediaan untuk menjalankan sesi tutor secara fizikal apabila SOP membenarkan pihak luaran untuk masuk ke sekolah akan dinilai sebagai sebuah kelebihan Kami bercadang untuk bantu murid-murid yang terkesan oleh musibah banjir.

Bilakah tugas sebagai Tutor Sukarelawan TFM akan bermula? Berapa lamakah tempoh khidmat saya?

Kami akan memulakan program ini pada awal September 2022 sejurus selepas kelulusan dan kerjasama daripada pihak sekolah dirasmikan. Seorang Tutor Sukarelawan TFM perlu memberi komitmen sebagai seorang tutor untuk tempoh minimum 3 bulan. Anda boleh memperbaharui kontrak sukarelawan anda selepas tamat 3 bulan.

Saya berkerja sepenuh masa, bolehkah saya menjadi Tutor Sukarelawan TFM?

Ya,boleh. Anda hanya perlu berikan komitmen selama 3-4 jam seminggu untuk membuat rancangan pembelajaran dan melaksanakan sesi tutor. Anda boleh membuat perancangan dengan pasukan Program Tutor TFM dan murid anda untuk mencari masa yang sesuai bagi semua pihak.

Adakah saya perlu mempunyai sebarang pengalaman mengajar untukmenjadi Tutor Sukarelawan TFM?

Tidak, anda tidak perlukan pengalaman mengajar untuk menjadi Tutor Sukarelawan TFM. Namun begitu, anda perlu menghadiri sesi latihan/orientasi untuk sebagai persediaan untuk menjalankan sesi tutor.

Saya tidak berasal daripada Pahang/Selangor/KL, bolehkah saya memohon untuk menjadi tutor?

Ya! Kami sangat mengalu-alukan permohonan daripada calon-calon yang memenuhi kriteria asas kami. Walaupun program ini akan tertumpu di Pahang/Selangor/KL, kami bersedia untuk membantu anda jika anda perlukan sokongan untukberpindah. Kami juga bercadang untuk mengembangkan program ini ke negeri-negeri lain apabila mempunyai peruntukan yang secukupnya.

Bagaimanakah saya boleh memohon untuk menjadi seorang tutor?

Permohonan untuk Tutor Sukarelawan telah pun dibuka. Sila mohon dengan mengisi borang ini. Tarikh tutup permohonan adalah pada 11:59pm, 16 September 2022.

Saya merupakan seorang siswazah tetapi tidak mengambil SPM, bolehkah saya memohon untuk menjadi seorang tutor?

Ya, anda boleh mohon jika anda telah menduduki peperiksaan yang setaraf dengan SPM seperti IGCSE and lain-lain semasa di sekolah menengah

Adakah terdapat sebarang had umur untuk menjadi Tutor Sukarelawan TFM?

Tidak, tiada had umur yang telah ditetapkan bagi seorang Tutor Sukarelawan TFM asalkan anda melepasi syarat-syarat kelayakan. Kami mengalu-alukan permohonan daripada golongan individu yang bekerja dalam bidang professional dan juga para pesara yang berminat. Namun begitu, seorang Tutor Sukarelawan TFM mestilah merupakan seorang dewasa dan melepasi umur minimum 18 tahun Anda juga akan diminta untuk memberi persetujuan pelaksanaan semakan latar belakang bagi mematuhi Akta Perlindungan Privasi Kanak-kanak.

Saya baru saja tamatkan pengajian dalam A-Levels/STPM/Pra-Universiti/lain-lain dan sedang menunggu untuk memulakan pengajian di peringkat sarjana muda. Bolehkah saya mohon untuk menjadi seorang Tutor Sukarelawan?

Ya. Jika anda telah mohon untuk menyambung pengajian di peringkat sarjana muda, kami akan menganggap anda sebagai seorang pelajar sarjana muda.

Perlukan bantuan lanjut?

Hubungi kami melalui borang atau e-mel kami dengan sebarang pertanyaan.

Hubungi Kami

Terus berhubung

Teach For Malaysia komited kepada misi kami. Sertai rangkaian emel kami untuk mengetahui cara-cara untuk sertai kami.