Memperkasa Pendidik, Menginspirasikan Inovasi: PDG mengasah guru STEM Malaysia untuk memupuk generasi pelajar yang bersemangat dan inovator masa depan.
Apakah Program Duta Guru?
Program Duta Guru (PDG) merupakan sebuah program yang dibentuk hasil kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPD) dan Yayasan PETRONAS untuk memperkasakan seramai 4,500 orang guru teladan yang komited dan kompeten menjelang 2030 bagi meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) melalui pendidikan STEM sebagai asas sebuah negara berdaya saing.
Dengan kerjasama antara Teach For Malaysia (TFM) dan Petrosains sebagai rakan pelaksana, PDG menawarkan program pembangunan profesionalisme selama dua tahun dengan menyediakan latihan intensif, sokongan, dan bimbingan untuk meningkatkan kemahiran pengajaran STEM dan teknik pedagogi.
Antara komponen program termasuklah penekanan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), pedagogi STEM, menjalinkan kerjasama dan jaringan sesama guru, dan menggalakkan implementasi projek inovasi STEM bagi memupuk minat murid untuk meneroka STEM.
Maklumat Program
| Tarikh Mula | Januari 2026 |
| Tempoh | 2 tahun |
| Yuran | Tiada |
| Mod | Pembelajaran secara hybrid |
| Purata penggunaan masa | 3 jam seminggu, 36 hari dalam tempoh 2 tahun |
| Ambilan | 1 Julai 2025 - 30 September 2025 |
Apa yang Anda Akan Belajar
Model Instruktional 5E
The 5E model for integrated STEM teaching supports students in developing new knowledge by connecting it to what they already know. Its five stages are Engagement, Exploration, Explanation, Elaboration or Extension, and Evaluation.
Strategi PAK-21
Proses pembelajaran yang berpusatkan murid berteraskan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, dan kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. nilai murni.
Proses Reka Bentuk Kejuruteraan (EDP)
Proses Reka Bentuk Kejuruteraan adalah satu proses yang menekankan kepada penyelesaian masalah secara terbuka yang dapat memupuk kebolehan para pelajar dalam menghasilkan penyelesaian yang inovatif terhadap cabaran di dalam mana-mana subjek
Pembelajaran Anda di PDG
Kitaran Pembelajaran
Bimbingan & Sokongan
Kajian Tindakan & Projek Inovasi STEM
Pendedahan Industri
Landasan Impak Duta Guru
Alumni program atau Duta Guru berpeluang menerapkan impak program yang mereka jalani melalui 3 landasan utama untuk mengukuhkan daya kepimpinan dan inovasi kendiri terhadap pembentukan kemenjadian murid.
Jurulatih Utama
Menjadi fasilitator bersama Rakan Pelaksana dan mengaplikasikan teknik-teknik yang sesuai untuk melaksanakan bengkel bagi para guru STEM.

Penggerak Komuniti
Memacu perbincangan tentang kepentingan pendekatan KBAT PdPc rakan guru di daerah/ negeri masing-masing melalui sesi perbincangan meja bulat/ jerayawara bagi meningkatkan minat & motivasi murid dalam bidang STEM.

Pencetus Inovasi
Mengembangkan inovasi atau kajian tindakan di peringkat sekolah atau daerah melalui permohonan Dana Duta Guru Yayasan PETRONAS.


Kriteria Kelayakan
- Guru sekolah menengah yang mengajar subjek STEM dan/atau Geografi
- Semua sekolah di bawah kelolaan KPM, termasuk SBP dan SABK
- Guru yang telah menerima Surat Pengesahan Jawatan dari KPM secara rasmi
- Guru berjawatan tetap yang mempunyai baki minima sebanyak 10 tahun dalam tempoh perkhidmatan
- Mendapat sokongan daripada Pengetua (diwajibkan)
- Guru-guru perlu memastikan mereka dapat memberikan komitmen kepada perjalanan Program Duta Guru yang akan berjalan selama tempoh dua (2) tahun
- Guru daripada sekolah yang mempunyai majoriti pelajar kumpulan B40 akan diberikan keutamaan
Apa Kata Duta Guru Kami
Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Program Duta Guru
We invite all teachers who are passionate about education to join our national community of leaders.

Program Duta Guru adalah sebuah kerjasama antara Yayasan PETRONAS dan Kementerian Pendidikan melalui Pusat STEM Negara. Ia merupakan sebuah program yang berkaitan dengan industri yang mempunyai pengalaman selama bertahun-tahun merentasi negara yang akan mengukuhkan kebolehan guru-guru STEM yang sedang berkhidmat di sekolah yang mempunyai majoriti murid-murid B40.
Kami percaya bahawa pendidikan STEM adalah pemangkin untuk melahirkan bakat yang mampu menangani kerumitan dan cabaran abad ke-21, membolehkan Malaysia maju dan kekal berdaya saing di peringkat global. Namun, bilangan pelajar yang memilih subjek berkaitan STEM telah menurun dari tahun ke tahun, terutamanya disebabkan oleh kekurangan kecekapan dan minat.
Oleh itu, kami berharap kepada guru-guru untuk meningkatkan minat dan kecekapan STEM dalam kalangan pelajar. Kami juga mengiktiraf dan menghargai peranan penting yang dimainkan oleh guru dalam mencapai sasaran pendaftaran 60:40 dalam STEM, yang penting untuk kejayaan negara. Program Duta Guru telah dibangunkan untuk memperkasakan pendidik STEM dan menyumbang kepada masa depan mampan Malaysia.


