1.
Merekrut dan membimbing ejen perubahan di bilik darjah

1. Belia Malaysia yang berpotensi tinggi menyertai Program TFM dan mengajar selama 2 tahun di komuniti berkeperluan tinggi pada peringkat akar umbi.

2. Guru-guru dalam perkhidmatan sedia ada yang mempunyai aspirasi untuk memimpin transformasi sistem.

Kami melabur dalam pembangunan modal insan melalui latihan profesional dan bimbingan peribadi.

2.
Ajar dan perkasakan murid-murid daripada komuniti-komuniti berpendapatan rendah

Kami menumpukan impak kami ke arah memperkasakan murid-murid daripada komuniti kurang bernasib baik di sekolah-sekolah berkeperluan tinggi. Ini direalisasikan dengan membangunkan kebolehan, mengangkat nilai peribadi, dan menyuarakan pendapat agar mereka dapat menjadi pemimpin muda yang boleh menerajui perubahan dalam diri sendiri dan komuniti.

Para Felo TFM dan peserta-peserta lain mewujudkan pelbagai inisiatif berinovasi melalui kerjasama dengan barisan guru dan pemimpin komuniti untuk menambah baik hasil pembelajaran dan kepimpinan murid sebagai sebahagian daripada program.

3.
Memobilisasikan penyokong-penyokong usaha pendidikan untuk menggalakkan impak kolektif

Kami mengumpulkan Alumni sebagai barisan pemimpin yang komited terhadap visi dan bekerjasama di tiap-tiap sektor awam, swasta dan sosial sebagai guru, usahawan sosial, penggubal dasar, penyelidik, dan advokat dalam misi membina sebuah ekosistem yang mementingkan pendidikan kanak-kanak.

4.
Mentransformasikan ekosistem pendidikan dan masyarakat

Kami bekerjasama dengan para pelajar, Kementerian Pendidikan, rakan rangkaian, Felo TFM dan Alumni TFM, serta orang awam untuk membawa impak mampan dan berjangka masa panjang dalam kehidupan kanak-kanak.

Pada 26 Oktober 2010, perjalanan Yayasan Teach For Malaysia bermula.

2012

Kohort Pertama

• Kohort Pertama: 44 orang Felo ditempatkan di zon tengah - KL, Selangor & Negeri Sembilan
• Acara Minggu YTFM pertama
2013
• Perluasan ke zon utara: Perak, Pulau Pinang, Kedah
• Kem Kepimpinan Murid pertama
2014
• Perluasan ke Pahang
• Graduasi Kohort Pertama: rangkaian Alumni ditubuhkan
2015
• Perluasan ke Sarawak
• Graduan Brand Awards, No.1 dalam Pendidikan dan Latihan
• Anugerah Pengambilan Graduan (GRA) gradmalaysia, Pemenang Program Pelatih Pengurusan/Siswazah Terbaik
• 3 Terbaik untuk Anugerah Inovasi Perdana Menteri
2016
• Perluasan ke Johor
• Graduan Brand Awards, No.1 dalam Pendidikan dan Latihan
2017
• Anugerah Pengambilan Graduan (GRA) gradmalaysia: satu-satunya badan bukan kerajaan yang tersenarai dalam 40 teratas daripada 100 majikan siswazah utama Malaysia
2018
• Perluasan ke Sabah: Kohort Pertama yang mempunyai penempatan di 3 zon
2019
• Pelancaran Program Duta Guru (PDG) (Kerjasama dengan Yayasan PETRONAS, Kementerian Pendidikan melalui Pusat STEM Negara)
• Anugerah BMCC Business Excellence: Social Enterprise of The Year
2020
• Kohort PDG Pertama: 120 orang Guru PDG daripada 97 buah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dari seluruh negara
• Menubuhkan pasukan Projek Khas sebagai langkah untuk mempelbagaikan impak melalui inisiatif komuniti dalam menangani kesan pandemik Covid-19
• Appointment of Chan Soon Seng (2012 Alumnus) as CEO of Teach For Malaysia
2021
• Perluasan PDG kepada 106 buah PPD
• Pelan Aspirasi 2030 dilancarkan
• Strategi Pemulihan Pendidikan 2023 sebagai tindak balas kepada pandemik Covid-19 dilancarkan
• Persidangan Simposium Kebangsaan PDG pertama dengan 680 orang peserta
• Program Tutor TFM dilancarkan
2022
• Kohort Ke-10: Kohort Pertama ditempatkan di sekolah-sekolah rendah dan Orang Asli
• Graduasi Kohort Pertama PDG: Komuniti Duta Guru ditubuhkan
• Kohort PDG Ketiga dengan perluasan kepada 142 buah PPD
• Penerima Anugerah Merdeka untuk kategori Pendidikan & Masyarakat
• Kem Kepimpinan Murid ke-10
• Rakan pelaksana bagi Kursus Induksi Guru Baharu 2022 oleh IPGM (Institut Pendidikan Guru Malaysia) untuk guru-guru lantikan baru.