Peluang untuk Mahasiswa Universiti

Graduating soon or still studying? Join our team as an intern.

Mohon Sekarang

Kenali Pelatih Industri kami!

TFM sangat berbangga dengan para Pelatih Industri TFM kami. Mereka adalah individu-individu yang bersemangat dan berkeupayaan tinggi yang merupakan sebahagian daripada gerakan perubahan kami.

Bermula dari hari pertama, para Pelatih Industri TFM akan bekerja secara rapat dengan staf-staf TFM dalam tugas-tugas yang penting dan berimpak tinggi. Kami mendorong Pelatih Industri TFM kami untuk memikul tanggungjawab-tanggungjawab yang penting di organisasi ini untuk memberi kesan yang bermakna.

Pelatih Industri TFM akan mendapat gambaran yang lebih baik tentang sektor bukan berasaskan keuntungan dan sektor pendidikan. Mereka juga akan memahami dengan lebih jelas tentang peranan mereka dalam menamatkan ketidaksaksamaan pendidikan di Malaysia.

Apa kata Pelatih Industri TFM?

Berminat untuk menjadi Pelatih Industri TFM?

Siapa yang kami cari

Kami sedang mencari seorang yang:

  • Berkongsi misi dan visi bersama-sama kami dan selaras dengan Nilai-nilai Teras kami: Daya Kemungkinan yang Tinggi, Kecemerlangan, Kolaborasi, dan Integriti
  • Mempunyai kemahiran kepimpinan yang baik, contohnya terlibat secara aktif dalam aktiviti kokurikulum atau sukarelawan atau aktiviti yang berkaitan dengan perkembangan sosial
  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik
  • Boleh bekerja secara berdikari & terbuka untuk mempelajari perkara baru
  • Mempunyai penguasaan bahasa Inggeris bertulis & lisan yang fasih
  • Boleh berkhidmat sekurang-kurangnya 8 minggu ke atas

Faedah dan tanggungjawab

Sebagai seorang Pelatih Industri TFM, ini adalah antara faedah-faedah yang anda akan dapat:

  • Sesi perbualan mingguan (weekly check-in) untuk membimbing perkembangan profesional dan kepimpinan anda
  • Sebuah persekitaran pembelajaran yang memerlukan penglibatan, di mana Pelatih Industri TFM digalakkan untuk menggabungkan minat peribadi dan misi peribadi ke dalam aturan tanggungjawab tempat kerja
  • Berjumpa dengan sekumpulan rakan sekerja yang mempunyai pandangan yang selari
  • Peluang aturan jadual bekerja yang fleksibel, bergantung kepada kelulusan
  • Elaun bulanan yang kompetitif: RM500 (pelajar tahap A-level atau setaraf), RM700 (mahasiswa) dan RM1000 (siswazah)
  • Selain tanggungjawab harian, para Pelatih Industri TFM juga akan kadang kala membantu dalam tugas-tugas lain. Kami amat menggalakkan Pelatih Industri TFM untuk menjadi proaktif di tempat kerja dan mengambil kesempatan untuk belajar daripada pelabagai jenis tanggungjawab yang diberi.

Jawatan Kosong

Sila rujuk senarai Jawatan Kosong ini untuk maklumat lanjut: Jawatan Kosong

Proses dan kitaran permohonan

Kami menerima permohonan sepanjang tahun dan permohonan yang diterima awal akan didahulukan. Tawaran yang tersedia ialah berdasarkan kekosongan yang ada dalam sesebuah Bahagian atau Unit di TFM, termasuk permohonan untuk latihan industri. Walaupun tempoh minima latihan industri adalah selama dua (2) bulan, kami galakkan anda untuk menyertai kami untuk tempoh tiga (3) bulan untuk pengalaman latihan praktikal yang lebih memuaskan!

Tarikh mula dan tamat latihan industri anda boleh dibincang dengan lebih lanjut bersama pihak lantikan selepas peringkat senarai pendek.

Please answer the following questions and submit it together with your CV (both as PDF files).

  1. Mengapakah anda mahu menyertai Yayasan Teach For Malaysia? Apa yang membuatkan anda mahu memohon?
  2. Apakah hasil yang dijangkakan daripada pengalaman latihal industri ini? (contoh: kemahiran, ilmu, contoh-contoh peluang dan pendedahan)
  3. Sila nyatakan tarikh mula dan dan tarikh tamat mengikut ketersediaan anda. Jika anda tiada tarikh yang tetap, sila nyatakan tempoh atau julat tarikh ketersediaan anda.
  4. Nyatakan 3 Bahagian pilihan teratas anda (sila nyatakan pilihan mengikut turutan)
  5. Nyatakan umur semasa anda mengikut tarikh lahir (untuk memastikan kami mematuhi Akta Pekerja 1966 (Kanak-Kanak dan Remaja)
  6. Nama Kolej/ Universiti dan Kursus yang diambil.
  7. Tahun yang dijangka tamat pengajian.

Perlukan Bantuan?

Ada soalan? Hantarkan resume anda kepada kami di internship@teachformalaysia.org

Hubungi Kami

Borang permohonan

Adakah anda bersedia untuk sertai gerakan kami? Isikan borang permohonan untuk mulakan perjalanan anda.

Mohon Sekarang

Jadi sebahagian daripada solusi

"Sekampung diperlukan untuk membesarkan seorang kanak-kanak", impak kami berjaya menjadi kenyataan dengan penyertaan rakan-rakan sepemikiran, penyokong, sukarelawan, penderma individu dan pengumpul dana sepanjang perjalanan kami. 

Memimpin Perubahan dalam Bilik Darjah
Ketahui lebih lanjut tentang Program TFM, program perkembangan kepimpinan kami yang telah memenangi pelbagai anugerah

Daftarkan Saya

Sokong Aktiviti Harian Kami
Bantu kami terus mengubah pendidikan untuk mereka yang paling memerlukan

Derma sekarang

Jadi Rakan Rangkaian Kami
Bekerjasama dengan kami untuk menjadi sebahagian daripada gerakan pendidikan yang memberi impak kepada pelajar di Malaysia

Sertai pasukan kami

Sertai Gerakan Kami
Terokai cara-cara lain untuk bekerjasama dengan kami untuk bersama-sama memperjuangkan misi

Kerjaya dengan TFM

Terus berhubung

Teach For Malaysia komited kepada misi kami. Sertai rangkaian emel kami untuk mengetahui cara-cara untuk sertai kami.