profileimage

YAM Tunku Ali, Tunku Besar Seri Menanti, Negeri Sembilan, memulakan kerjayanya sebagai perunding pengurusan pada tahun 1998 dengan McKinsey & Company. Di McKinsey, beliau berkhidmat sebagai penasihat kerajaan dan syarikat besar mengenai strategi jangka panjang serta tadbir urus organisasi dan korporat. Pada tahun 2004, beliau menyertai Khazanah Nasional Berhad. Sejak itu, beliau telah terlibat secara aktif dalam beberapa projek transformasi yang penting serta pelaburan strategik di Malaysia dan di luar negara. YAM Tunku Ali memegang Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Sejarah dan Sains Sosial & Politik, dan baru-baru ini menamatkan pengajiannya untuk mendapatkan MC/MPA (Ijazah Sarjana Pertengahan Kerjaya dalam Pentadbiran Awam) di Harvard Kennedy School di mana beliau menjadi seorang Mason Scholar.