Berkempen untuk ekuiti pendidikan di Malaysia, dari seluruh dunia. Pemimpin-pemimpin kampus gerakkan universiti anda memainkan peranan yang mustahak dalam membantu kami mencari Felo-Felo baru - ramai pemimpin kampus turut menyertai Fellowship selepas menamatkan pengajian! Sama ada anda belajar di dalam atau di luar negara, menjadi seorang pemimpin kampus Teach For Malaysia ialah cara yang baik untuk berbakti, berkenalan dengan rakan yang sehaluan, dan bertindak dalam satu usaha yang lebih besar. Soalan Lazim

Temui pemimpin kampus kami

02 Justin Lim - Campus Leader - Lyon, France CROPPED

JUSTIN LIM
Polytech Lyon, France

Justin ialah seorang jurugambar hitam putih. Musim panas yang lepas, beliau melancarkan projek foto Hari Merdeka & Malaysia untuk Teach For Malaysia, dan menjalankan bengkel bercerita visual dengan pelajar-pelajar Felo 2015, Adeline Chua. Dengarlah temu bual Justin dengan stesen radio Perancis, Lyon Premier (juga menampilkan 2013 Alumni, David Chak!).

03 Mirosha Somasundram - Campus Leader - Sunway University

MIROSHA SOMASUNDRAM
Sunway University, Malaysia

"Sebagai Pemimpin Kampus, saya dapat bertemu dengan ramai orang yang menakjubkan dan mendengar cerita-cerita mereka yang mengubah hidup dan memberi inspirasi. Ini juga meningkatkan kemahiran kepimpinan dan komunikasi saya. Saya belajar bahawa terdapat begitu banyak yang boleh kita lakukan untuk membuat perubahan, dan ia bukan sekadar satu keajaiban yang boleh dilakukan semalaman dalam sekelip mata." Mirosha telah menjadi sorotan bersama Pemimpin-Pemimpin Kampus lain di blog kami.

04 Jonathan Dason - Campus Leader - Korea CROPPED

JONATHAN DASON
Universiti Malaysia Sarawak, Malaysia

Jonathan telah menjadi seorang intern di Teach For Malaysia di mana beliau mengetuai projek video #TFMCapturED, dan juga bekerjasama dengan Justin Lim dalam projek Hari Merdeka & Malaysia. Semasa menuntut di Chonnam National University, Korea Selatan sebagai pelajar pertukaran, Jonathan telah ditemu ramah oleh majalah Korea, Gwangju News, dan stesen radio Korea, Gwangju Foreign Language Network.


 

Sertai gerakan kami

Jadi pemimpin kampus