Apakah itu Fellowship?

Fellowship Teach For Malaysia merupakan satu pengalaman yang sangat mencabar dan amat bermanfaat. Program pembangunan kepimpinan intensif selama dua tahun ini ialah sebuah wadah istimewa yang mempersiaga anda untuk memperkasa para pelajar dan masyarakat mereka, dan untuk berganding bahu dengan pelbagai pihak berkepentingan - supaya kita semua boleh menyumbang kepada penyelesaian!

-> Apakah yang kami cari?

Cerita-cerita dari barisan hadapan

08 Fatin Farhana cropped

"Beberapa rakan sekolah saya tidak berjaya menamatkan sekolah. Saya berhasrat untuk membantu pelajar percaya bahawa setiap impian boleh dicapai."

Felo 2015, Fatin Farhana membesar di pekan kecil Lawas, Sarawak, dan kini mengajar di sebuah sekolah berkeperluan tinggi di Miri, Sarawak. "Salah sebuah daripada kelas sains saya berjaya melepasi Kelas Rancangan Khas untuk meraih pangkat pertama dalam mata pelajaran sains semasa peperiksaan akhir tahun Tingkatan 1. Peratus lulus meningkat daripada 51.35% kepada 72.97%; daripada tidak mendapat sebarang As kepada tiga As, daripada dua Bs kepada lapan Bs - termasuk dua pelajar perempuan yang gagal dalam peperiksaan sebelumnya tetapi mendapat B dalam peperiksaan ini. Pelajar saya benar-benar memberi inspirasi kepada saya. Mereka berusaha sebaik yang boleh dan bertitik peluh. Mereka membuktikan bahawa dunia ini tiada hadnya, dan segala sesuatu boleh dicapai."

-> Permohonan Fellowship

09 Samuel Lee

"Saya mahu menjadi sebahagian daripada usaha mewujudkan Malaysia yang lebih baik, dan saya tahu saya boleh berbuat demikian melalui pendidikan, dan mudah-mudahan mengubah kehidupan di sepanjang jalan."

Felo 2015, Samuel Lee mengajar di sebuah sekolah berkeperluan tinggi di Miri, Sarawak. Tahun lepas, Samuel dan Felo daripada empat buah sekolah lain di Miri menyertai SAINS on Wheels, satu projek khidmat masyarakat untuk mengajar teknologi Arduino kepada pelajar sekolah menengah. "Saya bekerjasama dengan Universiti Curtin untuk membawa program teknologi bermentor SAINS on Wheels ke sekolah saya. Saya membimbing pasukan sekolah saya yang berjaya ke peringkat separuh akhir, dan keputusan akhir mereka terletak antara 30 pasukan terbaik di Malaysia."

-> Kisah selanjutnya

 

Apa yang berlaku semasa Fellowship?

Lihatlah sepintas lalu!
Tahun 1

PROGRAM PRA-SERVICE

Perjalanan anda bermula dengan dua bulan latihan intensif kediaman yang menyediakan anda untuk menjadi pemimpin di dalam kelas.

MENGAJAR DI SEKOLAH

Anda akan diletakkan di sebuah sekolah di mana anda akan menjadi guru sepenuh masa sekurang-kurangnya dua tahun - bekerjasama dengan guru-guru lain, pengetua dan pemimpin anda dalam masyarakat.

PERISTIWA WILAYAH

Sepanjang dua tahun, anda akan berkembang bersama dan belajar daripada Felo lain, serta memanfaatkan kekuatan masing-masing untuk mencipta kesan kolektif di kawasan anda.

Tahun 2

MENAMATKAN PGDE ANDA

Semasa Fellowship, anda akan berusaha ke arah Post Graduate Diploma in Education (PGDE) yang melayakkan anda untuk meneruskan kerjaya anda dalam perguruan selepas dua tahun.

INISIATIF

Merancang dan melaksanakan inisiatif di luar bilik darjah anda - bekerjasama dengan pelajar untuk mencari penyelesaian kepada cabaran dalam sekolah atau masyarakat lokal.

RANGKAIAN

Anda tidak akan menghadapi cabaran seorang diri. Berhubungan dengan pemimpin dari sektor awam dan swasta untuk membantu sekolah dan komuniti anda berkembang maju.

-> Pengembaraan bersambung: Pergerakan Alumni kami

Ketemui Felo-Felo Kami

2016 Fellows

2017 Fellows