Bolehkah dua tahun mengubah sebuah negara? Di Teach For Malaysia, kami percaya ini boleh berlaku. Mengajar selama dua tahun di dalam bilik darjah berkeperluan tinggi membolehkan Alumni kami menghayati cabaran sebenar, dan mengenal pasti apa yang diperlukan untuk memperkasa pelajar dan masyarakat kita. Ini berlandaskan wawasan kolektif, yang juga menjadi asas perjuangan selepas Fellowship apabila mereka terus memajukan pendidkan melalui pelbagai kaedah.

Kenali Alumni kami

02 Dipesh

Dipesh Sanghvi
Alumni 2012.

Semasa Fellowship, Dipesh mengajar Bahasa Inggeris di sebuah sekolah di Negeri Sembilan. Beliau kini bekerja di Shell dan membantu mengumpul dana untuk Impian Project, satu inisiatif oleh Felo-Felo 2015 di Sarawak.

-> Kisah Dipesh

03 Hilmi

Hilmi Faiz
Alumni 2013.

Hilmi telah mengajar selama empat tahun di sebuah sekolah di Pulau Pinang, dan mewakili sekolahnya di Simposium Komuniti Pembelajaran Profesional Daerah pada tahun 2015.

-> Kisah Hilmi

04 Arus

David Chak, Alina Amir, Felicia Yoon, Daniel Russel,
Alumni 2013.

David, Alina, Felicia dan Daniel mengasaskan Arus Akademi yang mengajar pelajar yang kurang berkemampuan tentang pengekodan dan pengaturcaraan komputer, dan ialah pemaju modul utama untuk inisiatif MDeC Digital Tech @ Schools.

-> Maklumat lanjut tentang Arus

Jessie Chew
Alumni 2012.

Jessie ialah Pengurus Pendidikan untuk Program Sekolah Eko di WWF Malaysia, yang melengkapkan pelajar untuk menjadi ejen perubahan dan untuk meningkatkan usaha mesra alam sekitar di sekolah masing-masing.

-> Kisah Jessie

Alumni Impact Infographics

07 100% Project08 Arus09 Chumbaka Cyberjaya10 Gemilang

11 Kelip-Kelip 12 LitMas13 MY Readers14 Project ID