Masalah-masalah Pendidikan

Mengapa Kami Wujud

Ribuan anak-anak tidak diberi peluang untuk merealisasi dan merungkai potensi diri sepenuhnya kerana faktor yang berbeza, seperti pendapatan ibubapa atau lokasi tempat tinggal.

Tapi cuba bayangkan — bagaimana jika solusi kepada penyakit kanser terkunci di dalam minda salah seorang pelajar ini?

Kami ingin bayangkan sebuah pendekatan pendidikan yang akan memberdayakan semua pelajar untuk menjadi pemimpin pembelajaran mereka sendiri, masa depan mereka, dan masa depan negara.

Ketahui sebab kami wujud
  • 413
    Felo TFM ditempatkan di sekolah
  • 111000
    Pelajar yang menerima impak
*Sejak Mei 2019

Yayasan Teach For Malaysia membina satu gerakan pemimpin untuk membangunkan negara melalui pendidikan.

Kami merupakan sebuah organisasi bukan-berkeuntungan yang bebas dengan misi untuk memberi semua anak-anak Malaysia peluang yang sama rata dalam menerima pendidikan yang cemerlang, supaya mereka boleh mencapai kehidupan yang diimpikan.

Diasaskan sejak 2010, Yayasan Teach For Malaysia merupakan ahli rangkaian antarabangsa, Teach For All, sebuah kolektif organisasi pendidikan merentas 50 buah negara.

Program TFM merupakan “Public-Private Partnership” – usahasama antara sektor awam dan swasta untuk mewujudkan sebuah ekosistem yang berusaha ke arah transformasi pendidikan.

  • "Guru-guru TFM telah mengubah para pelajar menjadi sebuah kumpulan yang baru, yang yakin, berani, dan mempunyai harga diri yang tinggi."
    YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan
    Dalam bulan Mac 2019, Dr Maszlee Malik mengajar bersama Susan Balong, Felo TFM Kohort 2018, untuk melihat sendiri impak Program Teach For Malaysia di Semporna, Sabah. Semporna merupakan salah satu daripada zon penempatan Felo TFM.

Kumpulan Tumpuan Impak Kami

Sambil kami berusaha untuk melawan ketidaksaksamaan pendidikan di Malaysia, kami memberi tumpuan untuk menjana impak yang mampan dan tahan lama kepada tiga kumpulan ini:
  • Pelajar

    Kami menempatkan Felo TFM di bilik darjah sebagai guru untuk memberdayakan pelajar. Felo TFM bekerja dengan akar-umbi sistem pendidikan untuk mengubah cara pembelajaran di dalam bilik darjah.

  • Komuniti

    Kami memberdayakan pelajar untuk memimpin diri sendiri dan orang lain, dan untuk menanam benih-benih perubahan dalam komuniti mereka.

  • Sistem Pendidikan

    Kami bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan bekerja rapat dengan Alumni TFM untuk mengusahakan transformasi pendidikan di kawasan-kawasan berkeperluan tinggi di seluruh Malaysia.

Ketahui lebih lanjut tentang impak kami

Nilai-nilai Teras Kami

Warga Teach For Malaysia bersatu dengan kepercayaan bahawa semua kanak-kanak di Malaysia berhak memperoleh pendidikan yang cemerlang. Kami menghidupkan komitmen terhadap misi kami dengan 4 nilai-nilai teras.

  • Berkemungkinan Tinggi
    Kami meletakkan matlamat yang tinggi dan berani untuk membayangkan sebuah sistem pendidikan yang sangat berbeza untuk memenuhi keperluan semua. Sebagai sebuah gerakan, kami memberdayakan pelajar dan komuniti untuk memimpin solusi yang akan membawa perubahan yang paling signifikan.
  • Kecemerlangan
    Kami percaya apabila seseorang melakukan sesuatu yang mereka suka, dan percaya dengan apa yang mereka lakukan, mereka akan membawa diri dengan cara yang terbaik. Kami meletakkan jangkaan kecemerlangan yang tinggi dalam semua aspek kerja dan kehidupan kami untuk melakukan impak yang diingini dan mengekalkan gerakan ini dalam jangka masa yang lama.
  • Kolaborasi
    Kami percaya bahawa setiap orang mempunyai peranan yang perlu dimainkan untuk memastikan setiap pelajar menyedari potensi diri sepenuhnya untuk memimpin diri sendiri dan orang lain. Kami berkolaborasi secara radikal dengan pelajar, komuniti, dan rakan-rakan usahasama daripada pelbagai sektor sebagai gerakan kolektif pemimpin yang saling bergantung.
  • Integriti
    Kami percaya akan kuasa kesahihan, belas kasihan, kehormatan dan kepercayaan untuk mencipta perubahan yang membawa transformasi. Kami mementingkan apa yang kami capai serta bagaimana ianya dicapai.

Jadilah sebahagian daripada penyelesaian.

Untuk besarkan seorang anak, kita perlukan sekampung. Ketidaksaksamaan pendidikan bukanlah sebuah masalah yang kita boleh selesaikan secara bersendirian – setiap seorang mempunyai peranan sendiri. Ini adalah tindakan-tindakan yang anda boleh ambil.
  • Mulakan perubahan dalam bilik darjah

    Sertai Program TFM, program pembangunan kepimpinan kami yang diiktiraf.
    Sertai sekarang

  • Sokong usaha harian kami

    Bantu kami terus mengubah pendidikan untuk anak-anak yang memerlukan.
    Derma sekarang

  • Bekerjasama dengan kami

    Bekerjasama dengan kami untuk menjadi sebahagian daripada gerakan yang memberi impak kepada pelajar di Malaysia.
    Menjadi rakan usahasama TFM

  • Sertai pasukan kami

    Terokai pelbagai cara lain untuk bekerja dengan kami untuk terus memperjuangkan misi ini bersama.
    Peluang pekerjaan dengan kami